Kita wait n see je.
Nant tiba masa jgn ckp disember 2020 plak.
Tua dlm kain nk menunggu, takut ajal yg dtg mjemput dulu
Kuala
Lumpur: Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan menjawab semua soalan
dibangkitkan berhubung dakwaan RM2.6 bilion dana 1MDB dimasukkan ke
akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan
Rakyat, 3…
hmetro.com.my
Isu RM2.6b dalam akaun Najib dijawab 3 Disember
Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan menjawab semua
soalan dibangkitkan berhubung dakwaan RM2.6 bilion dana 1MDB dimasukkan
ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan
Rakyat, 3 Dissember ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata lebih baik mengumpul semua soalan mengenai perkara itu dan menjawabnya pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat kali ini.
"Sekiranya perdana menteri menjawab hari ini dan esok satu lagi soalan dan kemudian satu lagi soalan, maka ini tidak akan berakhir.
"Tidakkah anda fikir ia adil untuk kumpul semua soalan dan beri jawapan sekali gus," katanya pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Parlimen hari ini.
Ditanya sama ada Najib akan menjawab soalan-soalan itu pada hari itu, beliau berkata: "Sama ada perdana menteri atau sesiapa sahaja dari JPM akan menjawab...ia masih prerogatif perdana menteri."
Azalina berkata Peraturan Tetap tidak menyatakan soalan dibangkitkan di Dewan Rakyat perlu diberi jawapan pada hari sama soalan ditanya. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2015 @ 10:34 PM
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.