Followers

Saturday, November 28, 2015

Charles Mahukan Keadilan Bukan Harta Kevin..

'Nama Charles tak ada dalam wasiat Kevin kerana dia sudah kaya'


Nama Charles Suresh Morais tidak termasuk dalam wasiat mendiang timbalan pendakwa raya Anthony Kevin Morais 'kerana dia sudah menjadi seorang ahli perniagaan yang kaya'.

Satu sumber yang rapat dengan Charles berkata demikian sebagai respons kepada adiknya, Richard Dilaan Morais yang memetik wasiat itu sebagai bukti bahawa Charles dan Kevin tidak rapat seperti yang didakwa.

"Apa Richard kata itu mengarut. Wasiat Kevin dibuat pada 2005 dan beliau meninggalkan kepada Richard hanya 7.5 peratus daripada harta peninggalannya.

"Dia tidak tinggalkan apa-apa kepada Charles kerana Charles adalah seorang yang kaya," kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Sumber itu berkata walaupun Charles sudah mengetahui yang dia tidak mendapat apa-apa dari wasiat Kevin, namun dia telah berusaha untuk mencari kebenaran tentang pembunuhan abang sulungnya itu.

Katanya, Charles tahu dia tidak dapat apa-apa harta peninggalan Kevin tetapi dia menghabiskan masa dan wang di sini (di Malaysia) berusaha untuk mencari kebenaran berhubung pembunuhan Kevin.

"Apa yang Richard lakukan sepanjang masa? Tak ada apa-apa, kecuali buat masalah," kata sumber itu.

Charles telah tinggal di Atlanta, Amerika Syarikat sejak tahun 1984.

Khamis lalu, dia ia telah membuat akuan berkanun (SD) di Kuala Lumpur, mendakwa konspirasi dalam pembunuhan Kevin, yang merupakan seorang timbalan pendakwa raya yang ditempatkan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


- mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.