Followers

Saturday, November 28, 2015

Imbas kembali kenangan lalu.....

 
Bang Maily II's photo.AMANAH O AMANAH

Saya pernah ke rumah Nik Aziz dan kala itu dia tak ada kami dipersilakan masuk ke ruang tamu oleh familinya, tetapi saya dan beberapa wartawan lain memilih di luar sambi melihat sekitar.

Tak lama kemudian arwah Nik Aziz datang dan di bahunya ada setandan pisang dan di pinggangnya ada parang. Kami ia persilakan naik dan duduk bersila/wartawan dari Amerika terkejut melihat lagak seorang menteri besar itu.

Ketika kami duduk arwah Nik Aziz ke dapur dan kemudian ia sendiri menghindangkan kami minuman. Sekali lagi wartawan amerika melihat saya dan dapat saya bayangkan apa yang ia maksudkan.

Nah, Kerana itulah saya hormat PAS kerana hormat Nik Aziz dan kesannya berbondong2 anak muda india dan cina sanggup membawa bendera memakai baju PAS membantu PAS dan sekaligus mereka mendekati Islam itu. Kenal baru cinta.
Sesudah Nik Aziz tiada apa terjadi?

Kepimpinan PAS yang ada sekarang ini bukan membaik sebalik memburuk. Dikasih percuma memerintah Trengganu, Kedah dan Perak semuanya terlepas tangan bau tahi dan pemuda india dan cinta yang tadi akrap mula menjauh.

Bukan saja pemuda dan cinanya menjauh malah yang bangsa melayu islam agamanya juga menjauh dan jelas kian sehari kian pudar sokongan rakyat terhadap PAS.

Hadi dalam PR banyak sangat membuat masalah dan dia ini mudah terpengaruh dengan permainan BN yang sungguh licik sangat. Mereka janjikan Hudud tetapi hingga sekarang tidak menjadi dan jelas PAS tidak nampak permainan UMNO itu meski sebelum ini Nik Aziz pernah berkata jangan sampai dipatuk buat kali keduanya.

PAS sudahpun tahu UMNO parti korup dan penuh dengan skandal yang bermaharaja hingga negara d iambang musnah, tetapi kepimpinan PAS masih juga berusaha untuk mengadakan perkahwinan, padahal BN hanyalah bermain strategi untuk memecahkan perpaduan PR dan rupanya PAS termakan pengaruh dan kesannya begitulah tergantung tidak bertali. Sorong salah tarik juga salah dan akhirnya serba salah.

Untuk menubuhkan parti yang mirip perjuangannya Islam tidak semestinya dimasukkan nama Islam itu sendiri dan dalam AMANAH sudah jelas. Amanah konsepnya saya lihat sederhana lebih kepada cara kepimpinan Nabi di zamannya yang melindungi mereka yang bukan Islam dan bukan islam merasa terlindung di bawah kepimpinan Nabi ketika itu.

Pas memang parti Islam tetapi ada tindakan2 PAS sebenarnya seolah membelakangi perjanjian muafakat atau sistem dalam PR itu sendiri dan akhirnya seolah PAS mahu jalan sendiri tanpa peduli rakan2 lain dan akhirnya tangan berbau tahi.

Kelihatannya Amanah sekarang ini berdasarkan pengamatan saya cukup hebat dan penyatuan AMANAH dalam PAKATAN HARAPAN merupakan satu harapan yang cukup menjanjikan yang BN bakal tersungkur, sementara PAS kita akan lihat kemungkinan Kelantan sendiri akan tumbang.

PAS nak tawan Perak, Kedah dan Trengganu hanyalah mimpi ngeri malah kita akan lihat mereka melihat burung terbang lalu dipipiskannya lada atau kala melihat di langit ada mendung atau bunyi guruh air di tempayan ditumpahkan dan sudahnya untuk cuci berak tak kesampaian. kesian baunya menyebar.

Amanah harapan rakyat Malaysia yang mahukan kemakmuran dan kepimpinan telus tidak rasuah dan dalam PAKATAN HARAPAN akan sama menjulang kejayaan mencapai puncak di PRU-14 akan datang.


ISMAILY BUNGSU
28/11/2015

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.