Followers

Saturday, November 28, 2015

Betrul Kah PKR Ikut PAS Mahu Huru-harakan Pakatan Harapan?


Azmin ikrar kerjasama dengan PAS di hadapan DAP, AMANAH

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini mengulangi komitmennya untuk bekerjasama dengan PAS di hadapan pemimpin PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.

Berucap pada Kongres Pemuda dan Wanita PKR, beliau yang juga adalah menteri besar Selangor berkata parti itu adalah satu-satunya yang boleh membuat semua mereka bekerja bersama-sama.

“Saya gembira kerana inilah satu-satu parti PKR yang berjaya menjana kekuatan DAP, AMANAH dan PAS untuk duduk bersama dalam satu pentas untuk lawan Umno-BN,” katanya.


Antara pemimpin yang hadir pada kongres itu termasuk Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh, Ketua Belia AMANAH, Sany Hamzah dan Naib Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin.

“Kita menyambut AMAANH dalam keluarga besar kita dan muafakat dalam Pakatan Harapan bersama DAP dan AMANAH akan terus dibina dan diperkukuhkan.

"PKR juga akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PAS serta Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan parti politik di Sabah dan Sarawak.

"Ini ketetapan yang diambil Majlis Pimpinan Pusat yang bersidang pada 11 Oktober, kita mahu semua pihak khususnya rakan kita menghormati pendirian PKR dan jangan sekali-kali cuba melaga-lagakan kepimpinan dalam PKR," katanya.

Tidak pasti sama ada amaran itu ditujukan kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan iaitu DAP dan AMANAH. -mk

Masalah dalaman pakatan pembangkang mula terserlah apabila pada sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini lima ADUN PKR memutuskan untuk berkecuali berhubung usul Umno mengenai projek penambakan laut. Ketua Menteri Lim Guan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP membayangkan tindakan mereka itu sebagai rampasan kuasa dalam PKR Pulau Pinang. -mk




Pakatan Harapan jangan jadi macam budak-budak

Wanita PKR mengingatkan parti dalam Pakatan Harapan agar tidak bersikap kebudak-budakan kerana sering mencabar antara satu sama lain dalam pelbagai isu.

Ketuanya, Zuraida Kamaruddin berkata, parti dalam Pakatan Harapan harus meletakkan rakyat sebagai keutamaan dan mengetepikan agenda peribadi atau parti.

"Sikap cabar mencabar antara satu sama lain hanyalah menzahirkan sikap kebudak-budakan masing-masing dalam suasana politik kita yang kini kian rapuh.

"Kami percaya keutamaan harus ditumpukan kepada isu nasional yang menjadikan negara dalam kerugian besar,"katanya dalam ucapan dasarnya dalam Kongres Nasional AMK dan Wanita Tahunan ke-11, hari ini.

Menurutnya, rakan dalam Pakatan Harapan perlu menjaga batas dalam berkomunikasi dengan mempunyai sifat terbuka melalui perbincangan aktif dan kerap.

"Jangan pernah lupakan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhempas pulas suatu ketika dahulu menyatukan kita dalam satu pakatan.

"Walaupun jasadnya dipenjarakan,namun idealismenya harus diteruskan menjalar dan meresapi pada setiap sanubari rakyat agar tiada lagi penindasan berlaku kerana kecetekan ilmu dalam politik,"katanya.

Beliau berkata, Wanita PKR bersetuju sepenuhnya terhadap resolusi yang dilakukan PKR yang komited untuk meneruskan usaha membina barisan pembangkang yang kukuh dan bersatu serta mencari penyelesaian kepada krisis negara yang mendesak. -SH


\ ULASAN GB

Sungguh pelik kenyataan dua tokoh PKR di atas.

PKR yang bergolak dituduhnya pihak lain... iaitu parti komponen Pakatan Harapan.

GB sebelum ini sudah menyatakan bahawa perjuangan rakyat di kalangan komponen Pakatan Harapan perlu diperkukuhkan jika benar ada cita-cita dan hasrat untuk menumbangkan UMNO-BN.

Perjuangan masa depan negara ialah di antara BN dan PH. Anda boleh pilih yang mana satu. Soal PAS tak sertai PH, itu hal mereka. Mereka mahu bersendirian, mereka juga mahu menentang calon-calon DAP dan AMANAH, kata mereka.

Apa hal dan apa hak PKR mahu beri amaran dan menuduh PH kebudak-budakan?

Pertentangan "kem" di dalam PKR tiada kena-mengena lansung dengan PH, tapi PH yang dipersalahkan dan dituduh melaga-lagakan kepimpinan PKR. Sudah nyata bahawa di Selangor PKR cuba merosakkan PH dengan tidak mengiktirafkan pakatan tersebut walaupun PH dibentuk dengan kehadiran dan inisiatif mereka Presiden PKR sendiri. Di Pulau Pinang 5 ADUN PKR berkecuali sewaktu undian terhadap usul wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam isu tebus guna tanah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jumaat lepas. Salah DAP? Salah AMANAH?

Kebenarannya, PKR gagal mendisiplin ADUN-ADUNnya untuk bersatu hati di dalam membuat keputusan berhadapan UMNO BN. Katanya mengikut "suara hati", katanya untuk menggalakkan demokrasi, katanya bla bla bla....

Jika demikian sikap PKR maka memang perlu PKR keluar saja dari PH kerana tanpa disiplin, maka tidak mungkin UMNO BN dapat dikalahkan.

Lihat saja di dalam usul tolak Bajet 2016. UMNO BN walaupun sebelumnya ada desas-desus menyatakan beberapa MOPnya akan sokong usul menolak Bajet 2016 yang dibawa pembangkang, tetapi apabila mengundi rupa-rupanya mereka bersatu hati. Kalah pembangkang.

Di kalangan pembangkang pula tidak wujud hal sedemikian. Berpecah. Di parlimen PAS berkecuali, di DUN Pulau Pinang, PKR berkecuali.

Justeru nampaknya PKR ikut cara PAS. Nak huru-harakan PH dan nak beri kemenangan kepada UMNO BN.

Rakyat dikelirukan dengan permainan-permainan "suara hati" sehingga tidak ada "kesatuan fikr dan kesatuan tindakan" baik di dalam parlimen ataupun di DUN.

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. UMNO BN memang akan ditolak oleh rakyat. Itu trend pengundi di dalam pilihanraya demi pilihanraya, apatahlagi sekalian banyak masalah negara yang ada kini adalah disebabkan kebobrokan UMNO BN.

Dan mereka yang tidak jelas pendirian, samada bersendirian atau khianat kepada PH juga perlu ditolak rakyat. Kerana mereka merbahaya. Makan kiri kanan.






 
Kalau betul lah berita ini, ada kah keputusan yang dibuat itu dapat restu dari DS Anwar Ibrahim?? Atau dia hanya mengikut seleranya sendiri, atau mungkin dia ada strateginya tersendiri? Ini sangat mengelirukan Ahli2 PKR.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.