Followers

Monday, November 2, 2015

Azizah: Ketua whip PAS cakap macam lain 40844 Zikri Kamarulzaman



Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan memberi reaksi tidak berapa kisah dengan keputusan PAS tidak mahu mengundi menolak belanjawan 2016.

Ditanya sama ada beliau kecewa dengan pendirian PAS itu, Azizah memberitahu pemberita di lobi parlimen: “Itu pandangan mereka”.

Bagaimanapun, katanya, daripada apa yang beliau dengar sebelum itu, Ketua Whip PAS Datuk Takiyuddin Hassan mempunyai pendirian sebaliknya.

“Tetapi jika itu pendirian PAS, OK,” kata anggota parlimen Permatang Pauh itu lagi.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata PAS berkecuali dalam cadangan penolakan usul Bajet 2016 yang dibentangkan Najib pada 23 Oktober lalu.

Hadi dilapor berkata PAS tidak “tidak akan undi bagi pembangkang secara mutlak” kerana mereka menyokong perkara-perkara positif untuk rakyat.

Sementara itu, Azizah percaya anggota PAS mungkin tidak sependapat dengan pendirian parti mereka.
Beliau berharap apabila tiba masa mengundi menerima belanjawan atau usul tidak percaya terhadap perdana menteri, wakil rakyat PAS dan BN akan mengundi berdasarkan suara hati masing-masing.

“Hakikatnya terdapat rasa tidak puas hati dengan perdana menteri, dan ini akan tergambar semasa usul tidak percaya,” kata Azizah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.