Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memfailkan saman fitnah di mahkamah dengan niat mendapat keuntungan kewangan, kata peguamnya.
Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memfailkan saman fitnah di mahkamah dengan niat mendapat keuntungan kewangan, kata peguamnya.
Saman fitnah yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap penerbit Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dilakukan dengan niat untuk membersihkan namanya melalui saluran undang-undang, kata peguamnya N Surendran.
Beliau berkata, bekas ketua pembangkang itu tidak pernah membawa kes ke mahkamah dengan niat untuk mendapat keuntungan kewangan daripada saman yang difailkan.
"Bukan untuk wang, tetapi menunjukkan tuduhan itu palsu, dan mempertahankan nama baiknya," katanya kepada The Malaysian Insider.
Pada masa sama, beliau berkata, saman itu juga difailkan bagi menunjukkan akhbar yang dikawal Umno itu gagal mengamalkan kewartawanan bertanggungjawab.
Surendran berkata, jumlah besar ganti rugi yang dituntut menggambarkan betapa seriusnya tuduhan.
Peguam itu berkata demikian mengulas kenyataan peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang Datuk Seri Najib Razak juga berhak mendapat ganti rugi, sama seperti pemimpin pembangkang seperti Anwar dan Lim Guan Eng daripada DAP, yang diberikan pampasan kewangan tinggi selepas Utusan didapati bersalah memfitnah mereka.
Firoz, yang juga peguam untuk Najib, pada Isnin berkata demikian ketika ditanya mengapa perdana menteri tidak memulakan saman fitnah terhadap Dow Jones, penerbit The Wall Street Journal di Amerika Syarikat. – 6 November, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.