Followers

Wednesday, November 4, 2015

Annuar: Wan Azizah perlu berdebat kerana Pua tiada 'T'


Pengerusi MARA Tan Sri Anuar Musa berkata, sekiranya Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempunyai bukti kukuh tentang salah laku 1MDB, maka beliau tidak perlu takut untuk meletak jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Namun katanya, Pua ibarat tiada ‘T’ yang merujuk kepada 'telur' untuk meletak jawatan dan menyahut cabaran untuk berdebat dengan presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang dibuatnya sendiri.

“1MDB adalah satu syarikat yang sedang disiasat oleh SPRM, PDRM dan PAC. Tidak ada satu cara pun yang memungkinkan 1MDB untuk sorok apapun.

“Syarikat ini telah ‘ditelanjangkan’ sepenuhnya malah 1MDB juga telah bersedia bersikap terbuka.

“Malah Perdana Menteri juga telah menegaskan sekiranya sebarang salah laku dapat dikesan semasa siasatan maka tindakan undang-undang akan diambil tidak kira siapapun,” katanya yang dipetik portal Umno Online.

Bagi perdebatan itu, Annuar yang juga adalah ahli parlimen Ketereh mencadangkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon yang paling sesuai untuk berdepan dengan Arul Kanda.

Katanya, Wan Azizah yang paling layak memikul tanggungjawab untuk berdebat sekaligus membuktikan bahawa dirinya bukan sekadar boneka dalam pembangkang.

Beliau turut memuji pendekatan dan kesediaan Arul Kanda untuk berdebat yang disifatkannya sebagai sikap ‘gentleman’ dan bukti ketelusan dan akauntibiliti yang tinggi.

“Namun begitu, sikap pendekatan terbuka yang kita tunjukkan ini bukan bererti kita semua betul, tidak semestinya.

“Cuma pembangkang tak dapat nak terima bila ada pertuduhan maka ada siasatan yang harus dijalankan. Mereka mahu bila dituduh terus dikenakan hukuman. Mereka lupa bila ada tuduhan, akan ada siasatan. Masalah sekarang ini merekalah yang menuduh, merekalah yang menghukum.

“Proses dan undang-undang mana mereka pakai?” soalnya.


SPRM BONGKAR DULU DALAM KES DUIT PPRT YANG HILANG 

 http://kudaranggi.blogspot.my/2008/01/apa-dah-jadi-dengan-kes-annuar-musa.html

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.