Followers

Thursday, November 5, 2015

Ada bukti terdapat usaha jatuhkan k'jaan, kata Zahid



Kerajaan mendakwa telah mengesan wujudnya aktiviti-aktiviti untuk menjatuhkan kerajaan tanpa melalui proses demokrasi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bagagaimanapun, kata Zahid yang juga adalah Menteri Dalam Negeri, bukti-bukti itu tidak dapat didedahkan di atas alasan keselamatan.

"Bukti-bukti kewujudan aktiviti-aktiviti tersebut tidak dapat didedahkan di atas alasan keselamatan dan pihak polis masih mengumpul maklumat terperinci berkaitan perkara ini," katanya tanpa merujuk kepada mana-mana pihak.

"Kerajaan sentiasa memandang terhadap mana-mana pihak yang berkonspirasi untuk menjatuhkan kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat dengan cara tidak demokratik dan melanggar undang-undang negara," katanya.

Menurut Zahid, kerajaan juga sedar bahawa usaha itu akan turut menjejaskan ekonomi negara.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) dalam jawapan bertuli.

Nasrudin meminta Zahid menyatakan bukti dakwaan wujud komplot untuk menjatuhkan kerajaan sehingga mengikis keyakinan pelabur tehadap negara.

Pada akhir Ogos lalu, BERSIH menganjurkan perhimpunan besar-besaran bagi menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meletak jawatan berikutan terpalit dengan skandal 1MDB dan isu ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Najib.

Najib sendiri mendakwa usaha itu adalah untuk menggulingkan kerajaan.

Zahid, yang juga naib presiden Umno, sebelum ini mendakwa ada usaha untuk menjatuhkan kerajaan yang didalangi oleh pemimpin Umno dan ahli parlimen pembangkang.

Bagaimanapun, beliau berkata pemimpin itu telah bertaubat dan telah berjumpa dengan Najib.

Spekulasi bertiup kencang bahawa Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddn Yassin di belakang tindakan membawa 18 ahli parlimen BN menyokong usaha menumbangkan kerajaan. Bagaimanapun, beberapa ahli parlimen yang dinamakan telah menafikan dakwaan berkenaan..

Bekas Timbalan Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang juga ditangkap dan kemudian didakwa mensabotaj sistem kewangan negara.

- mkini


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.