Followers

Thursday, October 15, 2015

VIDEO - [TERKINI] Kenapa Aku Tinggalkan UMNO - Datuk Saifudin Abdullah


Bekas Ahli Parlimen Temerloh yang juga bekas Timbalan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pengumuman rasminya dibuat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim, di ibu pejabat parti itu, di Petaling Jaya.

Mengulas mengenainya, Saifuddin berkata, PKR menjadi pilihan kerana bersifat pelbagai kaum, sederhana dan terbuka.



Saifuddin menyatakan beliau kecewa dengan cara Putrajaya menangani isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri. Beliau turut menyatakan bahawa beliau keluar dari UMNO kerana ketiadaan sebarang keinginan parti berkenaan untuk melaksanakan perubahan politik dan pembaikan parti.

“Namun begitu saya telah sekian lama dalam UMNO dan Barisan Nasional, saya tidak dapat ia dilakukan secara konklusif dan subtansif menyebabkan saya tidak serasi dengan UMNO,” katanya.

Wan Azizah dalam sidang media yang di adakan di ibu pejabat PKR di sini, hari ini menyatakan PKR gembira dan mengalu-alukan penyertaan Datuk Saifuddin Abdullah ke dalam keluarga besar Keadilan.

"Krisis politik dan kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia mendorong rakyat dan pemimpin berfikir betapa perlunya mengambil langkah berani dan membuat anjakan dalam pendirian," kata Wan Azizah.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.