Followers

Saturday, October 3, 2015

TPPA negatif kepada pasaran buruh, kata kumpulan majikan OLEH ISTA KYRA SHARMUGAM

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan berkata, persetujuan menandatangani TPPA boleh mewujudkan keadaan di mana jika berlaku pertikaian pekerja, ia tidak dapat diselesaikan di dalam negara. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wong Tuck Keong, 3 Oktober, 2015.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan berkata, persetujuan menandatangani TPPA boleh mewujudkan keadaan di mana jika berlaku pertikaian pekerja, ia tidak dapat diselesaikan di dalam negara.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan berkata, persetujuan menandatangani TPPA boleh mewujudkan keadaan di mana jika berlaku pertikaian pekerja, ia tidak dapat diselesaikan di dalam negara.

Jika Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), ia boleh memberi kesan negatif kepada pasaran buruh tempatan, kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan.

Beliau berkata, persetujuan menandatangani TPPA boleh mewujudkan keadaan di mana jika berlaku pertikaian pekerja, ia tidak dapat diselesaikan di dalam negara.

"Di bawah TPPA, sebuah majlis dijangka dibentuk di kalangan negara-negara anggota untuk menangani konflik itu.

"Jika penyelesaian tidak dapat dipersetujui, ia kemungkinan perlu dibawa ke The Hague (di mana Mahkamah Keadilan Antarabangsa bersidang).

"Oleh itu, saya fikir kita mungkin gagal mengawal keadaan ini dan ia boleh mendatangkan bahaya," katanya selepas menghadiri kolokium isu buruh anjuran DAP di Ipoh, hari ini.

Beliau berkata dalam keadaan ekonomi terbuka terhadap TPPA, kerajaan akan berdepan dengan tindakan undang-undang daripada syarikat multinasional, jika mengalami kerugian.

"Sebagai contoh satu kes seperti yang berlaku di Jerman di mana kerajaan negara itu disaman oleh sebuah syarikat dari Switzerland selepas negara itu membatalkan perjanjian untuk menyediakan loji nuklear.

"Ini adalah satu kesan negatif.

"Untuk berlaku adil, kerajaan mampu meningkatkan perdagangan antara 12 negara anggota, bagaimanapun adalah penting untuk melindungi kepentingan industri tertentu, seperti sektor perladangan sebagai contoh, untuk mengelakkan kesan negatif yang boleh menjejaskan pekerjaan dalam sektor itu.”

Beliau berkata di bawah undang-undang perlindungan alam sekitar TPPA, amalan yang sedia ada tertentu dalam industri perladangan seperti penanaman semula kelapa sawit dan penanaman di tanah gambut, boleh disifatkan sebagai membawa kemusnahan hutan dan mendatangkan bahaya kepada alam sekitar.

"Ini akan mendatangkan masalah yang besar kepada pemain industri perladangan, di mana ramai yang menanam di tanah gambut. Sekatan ini akan memberi kesan kepada pengeluaran kelapa sawit, jadi apakah yang diharapkan negara maju untuk kita lakukan?"

Shamsuddin berkata ditambah pula dengan matlamat di bawah pelan tindakan Komuniti Ekonomi Asean (AEC), persaingan untuk pekerjaan akan menjadi lebih sukar kerana kemasukan calon yang berpotensi dari negara-negara Asean seperti Singapura, Filipina dan Thailand.

"Kita perlu bersedia untuk ini dengan mengiktiraf pekerja mahir sedia ada dengan memperakui mereka.

"Pada masa ini, pekerja mahir di Malaysia adalah ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai diploma atau sijil yang lebih tinggi. Mereka yang mahir melalui pengalaman tidak diiktiraf, ini akan meletakkan mereka di dalam keadaan lemah dalam persaingan dengan rakan-rakan jiran Asean mereka, yang mempunyai kemahiran yang sama dan pengalaman tetapi diperakui," katanya.

Beliau berkata sudah tiba masanya Malaysia menerima pakai latihan sambil bekerja dan pensijilan, kerana ia adalah satu sistem yang mampu dimiliki untuk mengiktiraf pekerja untuk 98% majikan di negara ini, dan bukannya bergantung kepada pengambilan semata-mata berdasarkan kelayakan berasaskan pencapaian akademik. – 3 Oktober, 2015.



See more at: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.