Followers

Saturday, October 3, 2015

Najib letak jawatan, sekejap saja mata ringgit naik, kata Dr Mahathir OLEH MD IZWAN


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, nilai ringgit akan pulih dengan cepat jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan kerana kerosakan dihadapi negara berpunca daripada beliau. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 3 Oktober, 2015.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, nilai ringgit akan pulih dengan cepat jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan kerana kerosakan dihadapi negara berpunca daripada beliau.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, nilai ringgit akan pulih dengan cepat jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan kerana kerosakan dihadapi negara berpunca daripada beliau.

Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan hanya dengan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sahaja nilai ringgit akan kembali pulih selepas mata wang negara mengalami kejatuhan terburuk ketika ini.

Dr Mahathir berkata, nilai ringgit akan pulih dengan cepat jika Najib meletakkan jawatan kerana kerosakan dihadapi negara berpunca daripada beliau.

"Kerosakan sudah berlaku, ia akan lebih rosak pada masa depan melainkan kita singkirkan orang ini (Najib).

"Dia letak jawatan, sekejap sahaja mata wang kita naik balik, itu saya rasa," kata Dr Mahathir semasa sesi dialog Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa di Hotel De Palma, Ampang hari ini.

Dr Mahathir berkata, rakyat perlu menerima hakikat negara ketika ini sedang merosot daripada ekonomi hingga ke masalah sosial.

"Hakikatnya, negara kita merosot dari segi politik, ekonomi, sosial, perkauman, dan tahap korupsi, negara kita berada antara 10 paling korup dalam dunia," katanya.

Najib ketika ini bergelut dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang beliau adalah pengerusi lembaga penasihatnya dan berkaitan derma peribadi bernilai RM2.6 bilion.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebelum ini berkata ringgit hanya akan pulih sekiranya isu 1MDB diselesaikan.

“Kita tidak perlukan satu lagi skandal. Kita tidak perlu ketidak tentuan politik. Kesemua isu berkenaan 1MDB perlu diselesaikan, barulah kita boleh menyaksikan Ringgit naik semula,” kata Zeti semasa sesi pembentangan Laporan Kemaskini Ekonomi Malaysia 2015.

1MDB yang terpalit dengan pelbagai kontroversi dilihat memberikan impak kepada keyakinan dan kepercayaan pelabur kepada negara. – 3 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.