Followers

Saturday, October 3, 2015

Selamat jalan Morais, tugas anda selesai, kata rakan setugas


Selamat jalan Morais, tugas anda selesai, kata rakan setugasDalam keadaan gereja yang sesak di Shah Alam hari ini, upacara pengebumian Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais yang dibunuh tetap diteruskan meskipun mayatnya masih berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ratusan termasuk ahli keluarga, sahabat dan rakan sekerja daripada Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghadiri upacara tersebut bagi memberi penghormatan terakhir kepada Morais.

Paderi Simon Labrooy memberikan khutbah selama dua jam yang diakhiri dengan persembahan eulogi.

Ketika eulogi dibacakan rakan sekerja, Manoj Kurup dan sepupu mendiang, Desmond Lois, rata-ratanya dilihat menitiskan air mata.

"Kevin dan saya sudah berkhidmat hampir 20 hingga 25 tahun. Tetapi saya baru sahaja dapat mengenali beliau apabila menjadi timbalan pendakwa raya pada Julai tahun lepas.

dd

Rakan hadirin menenangkan satu sama lain di upacara pengebumian Morais. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 3 Oktober, 2015. 

"Reputasinya untuk keberanian, pendidikan dan membantu rakan sekerja mendahului dirinya. Ramai daripada kita tidak percaya nasib yang berlaku kepadanya," kata Kurup.

Morais diculik pada 4 September dan mayatnya ditemui 12 hari selepas itu.Enam suspek didakwa kerana tuduhan membunuh termasuk seorang doktor tentera yang dituduh bersubahat. – TMI


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.