Followers

Saturday, October 17, 2015

TMJ beri amaran Johor boleh keluar Malaysia jika perjanjian tidak dipatuhi


KES NAJIB MAKIN BERAT







KES SUDAH

BERAT

BETUL BERAT

MAKIN LAMA

NAJIB & 1MDB

MAKIN BERAT

MASALAH

NEGARA 

TMJ beri amaran Johor boleh keluar Malaysia jika perjanjian tidak dipatuhi


Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan semua negeri termasuk Johor mempunyai hak untuk menarik diri dari Malaysia jika mana-mana terma dalam perjanjian antara Johor dan Persekutuan Tanah Melayu tidak dipatuhi.
 
Dalam satu temu bual dalam laman web sukan FourthOfficial.com, Tunku Mahkota Johor itu berkata kenyataannya mungkin akan disifatkan menghasut namun beliau lebih bimbang dan mengutamakan rakyat negeri itu.
 
"Saya akan menjadi Sultan pada masa depan dan tanggungjawab utama saya ialah kepada rakyat Johor. 
"Malaysia sangat penting kepada saya, tetapi Johor dan JDT keutamaan saya," katanya.
 
Tunku Ismail berkata, rakyat mempunyai hak untuk tahu keadaan huru-hara yang berlaku di Malaysia hari ini tidak mempunyai kaitan dengan Istana Johor.
"Bertahun kita hidup aman dan bebas.
 
"Malah, kami hanya menyertai Persekutuan Tanah Melayu, apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan beberapa syarat-syarat asas.
 
"Dan jika mana-mana terma itu dilanggar, kita ada hak untuk menarik diri daripada negara ini. 
 
"Anda boleh menuduh saya menghasut sentimen kenegerian, tapi saya hanya menjalankan tugas saya kepada rakyat Johor, dan mengingatkan mereka tentang sejarah dan warisan tanah yang besar ini. "
 
Jun lalu, adindanya Tunku Idris Sultan Ibrahim mencetuskan kontroversi apabila memuat naik tulisan berkaitan perjanjian bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu.
 
Dalam status di Instagram yang sudah dipadam antaranya menyebut Johor bersetuju menandatangani perjanjian 1946 itu dengan mengenakan beberapa syarat.
 
Perjanjian itu termasuk Islam menjadi agama negeri, air dan tanah negeri menjadi hak mutlak Johor serta askar timbalan setia tidak boleh dibubarkan.
 
Tunku Idris juga tidak terkecuali mengkritik Putrajaya selain bapanya Sultan Johor yang menggesa kerajaan menyelesaikan masalah ekonomi negara dan penyusutan nilai ringgit.
 
Beberapa bulan lalu, Tunku Ismail turut dibidas dengan Nazri Abdul Aziz ekoran mengkritik  Najib Razak kerana tidak muncul dalam program Nothing2Hide.
 
Beliau juga pernah menegur Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi kerana mengatakan hubungan antara perdana menteri dan Istana Johor baik.
 
Tunku Ismail berkata Puad tidak seharusnya membuat kenyataan jika tidak mengetahui keadaan sebenar.
 
Dalam wawancara bersama FourthOfficial.com, Tunku Ismail berbicara mengenai sukan bola sepak, JDT dan perancangan dalam industri itu. – 16 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tmj-beri-amaran-johor-boleh-keluar-malaysia-jika-perjanjian-tidak-dipatuhi#sthash.SIYyrSnN.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.