Kita
tidak mungkin akan dapat membandingkan corak pemerintahan di pulau
Pinang di antara BN dan PR sekiranya kita tidak berani berubah pada
PRU12 tahun 2008 dulu...
Atas sikap berani berubah rakyat Pulau Pinang pada 2008 lalu lah..
Maka kita kini boleh mendapatkan "FAKTA" yang jelas,pentadbiran yang manakah jauh lebih baik di antara BN dan PR dalam mentadbir Pulau Pinang...
Aku ingin kongsikan pemerhatian seorang anak jati Pulau Pinang terhadap
pentadbiran Pakatan Rakyat selama 3 tahun lebih di pulau Pinang....
Nama beliau adalah Syed Imran....
beliau merupakan bekas Setiausaha Akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri....
dan juga pernah menjadi wartawan Bernama suatu ketika dahulu...
Dalam blog beliau KUDA RANGGI..
beliau
menyatakan bahawa apa yang dipaparkan di media perdana negara adalah
sangat berbeza dengan keadaan sebenar di Negeri di bawah Pentadbiran PR
itu...
Beliau menggambarkan bahawa laporan yang sering dipaparkan oleh media perdana hanyalah bertujuan mencipta persepsi "salah" supaya rakyat marah dengan kerajaan negeri Pulau Pinang yang mana Ketua Menterinya adalah Lim Guan Eng dari DAP..
Beliau
menyatakan Pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, telah
membuktikan kecemerlangan khususnya dalam aspek pentadbiran kewangan dan
memelihara kebajikan rakyat.
Belanjawan
atau Bajet 2012 Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya mengurangkan
hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu daripada RM630.13 juta kepada RM29.66 juta dalam tempoh tiga setengah tahun sahaja.
Pengurangan hutang sebanyak RM600.47 juta atau 95.29 % adalah kadar yang paling cemerlang di antara semua negeri di Malaysia.
Dan lihat betapa pantasnya pulak Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menyelesaikan hutang yang ditinggalkan oleh BN tersebut dalam 3 tahun setengah sahaja...
Orang melayu tidak sedar...
mereka
mempunyai satu sikap yang sentiasa cuba menafikan dan menolak fakta
kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang hanya kerana
negeri itu ditadbir oleh Ketua Menteri dari DAP...
Orang melayu kena ubah minda...
kerana fakta yang kita ada kini menunjukkan bahawa pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada masa kini adalah jauh lebih baik dari pelbagai sudut..
Mari
kita lihat perbandingan peruntukan kepada hal ehwal agama Islam di
Negeri Pulau Pinang ketika di zaman BN dan juga ketika ditadbir oleh
Pakatan Rakyat pada masa ini..
Janganlah kita tolak kebaikan hanya semata-mata kita "dimomokkan" persepsi yang tidak benar mengenai DAP...
Aku tahu..
orang
melayu sejak dari dulu lagi "dipaksa" menerima propaganda yang
dibawakan UMNO bahawa DAP itu Komunis... dan komunis itu adalah DAP...
itu adalah propaganda yang dimainkan UMNO sejak lama dulu....
Ini terjadi kerana dulu tiadanya media baru bagi menyeimbangkan antara "FAKTA" dan "PROPAGANDA" ciptaan UMNO....
Kini..
maklumat sampai kemerata ceruk kampung....
dan kini..
tiba masanya kita berubah...
Segala fakta yang ada telah meletakkan kita wajib untuk berubah..
berubah menolak BN...!!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.