Followers

Thursday, October 1, 2015

Kenapa jemput Dr Mahathir minum petang, Ku Nan tanya cawangan Umno OLEH MELATI A. JALIL

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor menyampaikan ucapan perasmian Program Keluarga Angkat Yayasan Kesejahteraan Bandar (YKB) bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 1 Oktober, 2015.Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Teuku Adnan Mansor menyampaikan ucapan perasmian Program Keluarga Angkat Yayasan Kesejahteraan Bandar (YKB) bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Teuku Adnan Mansor menyampaikan ucapan perasmian Program Keluarga Angkat Yayasan Kesejahteraan Bandar (YKB) bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini

Sebuah cawangan Umno di Selangor akan diminta menjelaskan niat pihaknya mengundang Tun Dr Mahathir Mohamad ke sebuah majlis minum petang pada Sabtu, kata setiausaha agung parti Datuk Seri Teuku Adnan Tengku Mansor hari ini.

Katanya, Umno cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka itu, di bawah Umno bahagian Pandan, boleh meneruskan rancangannya sekiranya ia tidak melanggar etika parti.

"Saya tak tahu, saya tak tahu kenapa mereka jemput Dr Mahathir.

“Kami akan tanya niat mereka, kalau ia dengan niat baik dan tidak menjejaskan parti (dan) mengikuti etika, mereka boleh teruskan," katanya pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, tindakan akan diambil terhadap cawangan itu sekiranya melakukan sesuatu yang bercanggah dengan etika parti.

Ketua Umno cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Syed Saifuddin Syed Harman berkata, keputusan itu dibuat jawatankuasanya memandangkan keadaan politik yang membimbangkan ketika ini.

Ia adalah cawangan Umno pertama di negara ini yang mengadakan program yang membenarkan ahli mendengar daripada bekas presiden Umno itu, yang ketika ini berkempen untuk menggulingkan presiden parti Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

“Tiada cawangan lain sedia tampil ke depan dalam keadaan krisis politik dan kepimpinan ini. Saya mengambil inisiatif ini untuk memberi negarawan seperti Dr Mahathir memberi penjelasan kepada rakyat.

"Beliau seorang ikon Umno. Suka atau tidak, beliau masih popular di kalangan pemuda dan akar umbi," beliau dipetik berkata portal itu.

Majlis minum petang itu akan diadakan di Hotel De Palma Hotel pada Sabtu dan terbuka kepada orang ramai. – 1 Oktober, 2015.



- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

Kenapa jemput Dr Mahathir minum petang, Ku Nan tanya cawangan Umno

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor menyampaikan ucapan perasmian Program Keluarga Angkat Yayasan Kesejahteraan Bandar (YKB) bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 1 Oktober, 2015.Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor menyampaikan ucapan perasmian Program Keluarga Angkat Yayasan Kesejahteraan Bandar (YKB) bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 1 Oktober, 2015.Sebuah cawangan Umno di Selangor akan diminta menjelaskan niat pihaknya mengundang Tun Dr Mahathir Mohamad ke sebuah majlis minum petang pada Sabtu, kata setiausaha agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.
Katanya, Umno cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka itu, di bawah Umno bahagian Pandan, boleh meneruskan rancangannya sekiranya ia tidak melanggar etika parti.
"Saya tak tahu, saya tak tahu kenapa mereka jemput Dr Mahathir.

“Kami akan tanya niat mereka, kalau ia dengan niat baik dan tidak menjejaskan parti (dan) mengikuti etika, mereka boleh teruskan," katanya pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini. Bagaimanapun, beliau berkata, tindakan akan diambil terhadap cawangan itu sekiranya melakukan sesuatu yang bercanggah dengan etika parti.
Ketua Umno cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Syed Saifuddin Syed Harman berkata, keputusan itu dibuat jawatankuasanya memandangkan keadaan politik yang membimbangkan ketika ini.
Ia adalah cawangan Umno pertama di negara ini yang mengadakan program yang membenarkan ahli mendengar daripada bekas presiden Umno itu, yang ketika ini berkempen untuk menggulingkan presiden parti Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.
“Tiada cawangan lain sedia tampil ke depan dalam keadaan krisis politik dan kepimpinan ini. Saya mengambil inisiatif ini untuk memberi negarawan seperti Dr Mahathir memberi penjelasan kepada rakyat.
"Beliau seorang ikon Umno. Suka atau tidak, beliau masih popular di kalangan pemuda dan akar umbi," beliau dipetik berkata portal itu.
Majlis minum petang itu akan diadakan di Hotel De Palma Hotel pada Sabtu dan terbuka kepada orang ramai. – 1 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kenapa-jemput-dr-mahathir-minum-petang-ku-nan-tanya-cawangan-umno#sthash.p7BjSlWA.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.