Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin (duduk tengah) berkata, Pakatan Harapan ingin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjalankan siasatan berhubung kos pembinaan di klia2 yang begitu tinggi.
Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin (duduk tengah) berkata, Pakatan Harapan ingin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjalankan siasatan berhubung kos pembinaan di klia2 yang begitu tinggi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Oktober, 2015.
Sekumpulan anggota Pakatan Harapan hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya membuka siasatan berhubung kos membaiki Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) yang tinggi berjumlah RM76.5 juta.
Mereka meminta SPRM mengadakan siasatan untuk melihat sama ada wujud unsur jenayah sehingga menyebabkan kos membaiki tersebut terlalu tinggi.
"Sebentar tadi kami ahli Parlimen pembangkang pergi ke SPRM membuat aduan mengenai kos yang dihabiskan untuk baiki klia2 bernilai RM76.5 juta.
"Mereka sudah menerima laporan kami dan akan melihat mengenainya.
"Kami mahu mereka menyiasat tentang perkara ini," kata ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin.
Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) itu juga memberitahu media, SPRM meminta pihaknya menyerahkan laporan PAC terdahulu kepada mereka.
Pemimpin Pakatan Harapan yang turut ke SPRM adalah wakil rakyat Shah Alam Khalid Samad, Datuk Johari Abdul (Sungai Petani), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian), Sim Tong Him (Kota Melaka), G. Manivannan (Kapar) dan Datuk Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu).
Minggu lepas, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu jawapan bertulis berkata, kos yang dibelanjakan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi membuat kerja-kerja pembaikan kerosakan di klia2 sejak pembukaannya pada Mei 2014 adalah sebanyak RM76.5 juta.
Menteri pengangkutan itu berkata, antara pembaikan dan penyelenggaraan yang dilakukan adalah berkaitan mendapan di tempat letak kereta, takungan serta retakan bangunan terminal.
klia2 sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila kos pembinaannya meningkat kepada RM3.9 bilion berbanding bajet asal sebanyak RM1.7 bilion. – 29 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.