Followers

Friday, October 30, 2015

- HANYA RENUNGAN - JOHOR NAK MERDEKA.......


Berita yang mengejutkan Rakyat Malaysia 
 
INI SATU BERITA YANG SANGAT MENGEJUTKAN RAKYAT MALAYSIA HARI INI. 



TMJ

Tidak pernah terlintas di fikiran kita membaca kenyataan seperti ini. Lebih2 lagi datangnya dari seorang yang akan menduduki takhta kesultanan negeri Johor pada satu masa kelak. 
\
Para pakar undang2 sudah tentu akan menggeledah seluruh isi Perjanjian Kemerdekaan, Perlembagaan Malaysia/Malaya dan sebagainya. Sama ada betul perkara penarikan keluar dari Malaysia ini sah atau tidak, boleh atau tak boleh dilakukan kita tunggu pakar2 undang2 kita berbicara selepas ini. 

Saya kurang berminat menyentuh hal ini kerana saya bukan seorang pakar undang2. Yang saya lebih berminat menyentuh ialah mengapa perkara ini boleh timbul sehingga ia menjadi persoalan yang bukan kecil. 

Barangkali Tunku Mahkota Johor, yang mengutarakan perkara ini mempunyai sebab2 tertentu dan tidak berpuas hati atau marah mengenai satu2 hal. Apakah kerana cara negara ini diperintah atau dikendali? 

Beliau sering persoal mengenai 'good governence' atau pentadbiran yang baik. Ini termasuk pentadbiran kewangan, pentadbiran pelajaran dan sebagainya. Selaku orang muda beliau tidak sabar dan tidak dapat menerima sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa, skandal2 termasuk skandal kewangan dan lain2. 
 
Johor Bahru terletak betul2 di tengah2 antara negara kita Maaysia dan negara jiran Singapura. Tentu sekali beliau dapat melihat dan membandingkan apa yang sedang berlaku di kedua2 belah negara. 

Malaysia bagaimana? Dan Sungapura bagaimana? Selaku anak muda beliau mahu melihat ujudnya suatu pentadbiran yang berintegriti, amanah, telus dan progressive dan sebagainya. 

Singapura semakin hari semakin jauh meninggalkan negara Malaysia dari pelbagai segi. Mengapa ia jadi begitu? Pepatah Cina berkata 'A fish rots from the head'. Maknanya seekor ikan akan mula busuk bermula dari kepala.

 Apa kah TMJ cuba memberitahu kita bahawa Perdana Menteri Singapura lebih baik atau jauh lebih baik dari Perdana Menteri Malaysia. Satu kisah mengenai PM Singapura. 

Selepas memenangi Pilihanraya Umum di Singapura baru2 ini 95 dari 98 dimenangi parti pemerintah PAP. Tindakan pertama yang di lakukan oleh Perdana Menteri Singapore ialah dengan menulis sebuah surat panjang lebar kepada semua ahli parlimen PAP Singapura yang baru menang. Antara yang disentuh, PM Singapura mengingatkan kepada semua ahli parliman baru supaya tidak sekali2 membawa mana2 ahli perniagaan bertemu mana2 menteri dengan tujuan untuk melobi project.

Sekiranya ada syarikat perniagaan meminta jasa baik ahli parlimen, PM meminta ahli parlimen itu hanya menulis surat menyokong dan hantar kepada menteri. Tidak boleh bawa ahli2 perniagaan jumpa menteri. Begitu ketat dan keras arahan yang dihantar kepada semua ahli parlimen oleh seorang Perdana Menteri. 

Banyak lagi the 'do s' dan the 'dont's' dalam surat Perdana Menteri. Patut sangatlah rakyat Singapura memberi undi yang sangat tinggi kepada parti pemerintah PAP di Singapura. Jarang berlaku di mana2 negara lain. Rakyat Singapura sangat berpuas hati dengan integriti dan amanah kerajaan mereka. Bila mereka senang hati dan meyakini integriti parti pemerintah, mereka akan sokong parti tersebut. Tak payah beri duit pada pengundi supaya mereka mengundi parti kita. 

Apakah ini antara sebab Tunku Mahkota Johor memberi amaran sebegitu keras? Apakah beliau menghantar message yg jelas kepada Umno dan BN. Apakah beliau secara tak langsung memberi amaran juga kepada parti2 dalam Pakatan Rakyat/Pakatan Harapan supaya BERSEDIA menjadi kerajaan yang berintegriti dan amanah bila mengambil alih pentadbiran negara. 

Saya kira amaran TMJ sangat releven kepada semua pemimpin di negara ini. Kedua2 perkataan Integriti dan Amanah ini adalah kunci utama yang akan menentukan pihak yang mana akan memenangi Pilihanraya Umum ke14 ini. Rakyat mahu parti yang memerintah negara akan datang adalah parti yang tinggi integriti nya dan amanah nya. Oleh itu pastikan kita berada di lapis hadapan dalam hal ini. 

Sebelum terlupa 'Selamat datang kepada sahabat saya Datuk Saifuddin Abdullah' ke dalam PKR. Lakukanlah yang terbaik. Daulat Tuanku TMJ. 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.