Followers

Wednesday, October 28, 2015

Nasharudin Mat Isa ganti Saifuddin Abdullah


Zar Ali's photo.

Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif baru Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).

Beliau menggantikan Datuk Saifuddin Abdullah, bekas timbalan menteri dan pemimpin pusat Umno yang menyertai PKR baru-baru ini, lapor The Star.

Nasharudin, kini pengerusi Yayasan Nassar, seorang graduan pengajian Islam daripada Universiti Jordan dan mempunyai sarjana dalam undang-undang perbandingan di Malaysia.

“Dengan pelantikan Nasharudin, GMM yakin usaha berterusannya untuk memperkukuh relevansi dan pendekatan sederhana dalam dasar luar dan dalam konteks negara ini,” kata pengerusi GMM Tan Sri Razali Ismail.

Saifuddin dilapor meletakkan jawatan GMM selepas menyertai PKR pada 15 Oktober.

Nasharudin sebelum ini pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat Yan (1999-2004) dan Bachok ( 2008-2013).

Ketika menjadi orang nombor dua PAS, Nasharudin terpalit dengan kontroversi kerajaan perpaduan dengan Umno sehingga pernah menimbulkan kemarahan murysidul am PAS sebelum ini allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Beliau tewas di tangan Mohamad Sabu dalam cabaran kali kedua pada 2011 sebelum menyepi daripada politik PAS dan kemudian kelihatan rapat dengan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Mohamad bagaimanapun kini mengasaskan parti Islam baru, Parti Amanah Nasional (AMANAH), selepas tewas baru-baru ini di tangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tahniah, kata Saifuddin

Sementara itu, Saiffuddin dalam reaksi segeranya terhadap penggantian itu mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada Nasharudin.

“Saya mengalu-alukan dan mengucapkan setinggi tahnia. Akan diadakan majlis penyerahan tugas daripada saya kepadanya,” kata Saifuddin kepada Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.