Followers

Friday, October 9, 2015

Lelaki Menyamar Tentera, Pakai Kasut & Rakam Gambar Persenda Solat Dalam Masjid


Seorang 'tentera' telah berjaya ditangkap oleh jemaah sebuah masjid selepas lelaki berkenaan telah melakukan satu tindakan kurang ajar dengan merakam aksinya 'bersolat' dengan memakai kasut di dalam masjid dia bukan seorang beragama Islam.

Memetik laporan Suara.Tv, ketika ditangkap, lelaki memakai seragam lengkap tentera berpangkat leftenan muda Angkatan Tentera Malaysia (celoreng digital) singgah di Masjid Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada), Ulu Tiram, Johor.

Menurut sumber, suspek yang ditangkap orang awam disoal siasat oleh pegawai bertugas sebelum dibawa ke Balai Polis Ulu Tiram, kelmarin.

“Hasil pemeriksaan kepada lelaki itu juga iPad Mini dan iPhone 6 serta didapati terdapat banyak gambar suspek bergambar dengan berpakaian celoreng digital, celoreng harimau belang dengan nama dan juga kor yang berbeza di dalam beberapa masjid termasuklah Masjid Pulada.

“Polis turut merampas kereta jenis Toyota Camry, geran kereta, kad pelantikan anggota Rela, kad pengenalan, beret Kor Kor Perkhidmatan Awam, tag nama, iPad mini, telefon bimbit berjenama iPhone 6,” katanya.

Tindakan lelaki itu yang menyamar sebagai anggota tentera telah menerima kritikan netizens selepas gambar ini menjadi viral di laman sosial kerana tindakan beliau memakai kasut di ruang solat selain mempermainkan cara ibadah orang Islam dengan melakonkan aksi bersolat untuk diambil gambar.

Siasatan lanjut mendapati suspek berusia 42 tahun dan merupakan seorang jurutera di Johor.

Gambar yang diambil dari ipad lelaki berkenaan





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.