Followers

Tuesday, October 13, 2015

Demokrasi negara akan hancur jika kepimpinan PAS tidak boleh dipersoalkan malah Dr Maza menyamakan kepimpinan ulama yang tidak dipersoal dalam PAS sama seperti syiah. 

Jenama kepimpinan ulama dijajakan sebegitu murah ke sana sini semacam produk kecantikan wanita.

Jenama ini paling kerap digunakan semasa pemilihan PAS yang lepas bertujuan merebut jawatan dalam PAS. Calon yang bertanding cuba sedaya upaya menampakkan diri mereka daripada golongan ulama. 

Ustaz setaraf guru tajwid pun mengaku mereka golongan ulama. Ustaz yang baru beberapa tahun balik belajar dari Timur Tengah pun tumpang sekaki mengaku mereka golongan Ulama.

Jenama yang semakin dibenci anak muda ini meleret sampai ke krisis menteri besar Selangor. Untuk memperkuatkan lagi jenama usang ini perkataan 'walak' ataupun Bahasa Melayunya adalah taat. Pada saya walak' dalam PAS adalah walak' membabi buta, walak' membawa rebah. 


Ahli PAS dibasuh otak mereka persis program Biro Tata Negara supaya walak' kepada kepimpinan ulama. 

Mana-mana ahli atau kepimpinan yang tidak patuh kepada kepimpinan ulama akan dilabel barua Datuk Seri Anwar Ibrahim, pendokong liberal dan penghina ulama.


Sebelum ada'pewalak' dan pentaksub Hadi Awang yang menuduh saya sebagai anti ulama, anti ustaz, anti golongan agama, golongan sekular perlu saya tegaskan di sini yang saya hanya tidak suka kepada politik presiden PAS dan saya amat menghormati allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat. 

Politik buruk presiden PAS sedang dan akan menghancurkan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) jika beliau masih lagi menjadi presiden. Teguran terhadap presiden PAS sudah bermula lama sebelum PRU13. 


Ahli akademik Prof Dr Aziz Bari sudah berkali-kali menegur presiden PAS dan tindak tanduk politik beliau. Mengambil kira apa yang berlaku hari ini menunjukkan presiden PAS masih tidak berubah.

Sokongan bukan Islam yang begitu kuat sebelum PRU13 sudah jatuh merudum. Orang bukan Islam sudah tidak lagi menghormati presiden PAS. 

ALMARHUM TG HJ NIK AZIZ NIK MAT
Perkembangan ini saya lihat di ruangan komen portal-portal berita popular di mana jika ada berita mengenai presiden PAS kita dapat lihat Hadi dicemuh hingga ke tahap menggunakan bahasa kesat oleh pengguna media sosial bukan Islam.

Mereka berasa dikhianati oleh PAS. Tetapi yang peliknya jika ada berita mengenai Tok Guru Nik Aziz kita dapat lihat pelbagai pujian dan sanjungan diberikan masyarakat bukan Islam. 

Kehilangan Tok Guru juga disambut dengan rasa penuh hiba dan sedih masyarakat bukan Islam. Media sosial dibanjiri dengan komen-komen menghargai jasa Tok Guru yang dilakukan sepanjang hidupnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.