
Malah menurutnya, Najib sudah tiada ruang untuk menoleh lagi selepas Bersih 4.0, namun beliau kecewa kerana Najib masih kekal di kedudukannya.
"Saya tak faham kenapa Najib tak undur-undur lagi selepas Bersih. Saya sedih sangat, pergi Bersih tiga hari...pergi balik, pergi balik...semangat.

Dalam forum sama, Nuha turut melahirkan kebimbangan tentang masa depan anak-anaknya di negara ini.
"Reformasi bukan hanya tentang (Datuk Seri) Anwar Ibrahim tapi juga tentang masa depan kita. Sekarang ini,
saya tak boleh bayangkan Malaysia macam mana yang anak-anak saya akan lalui dan tempuhi.
"Saya tidak lakukan ini (March To Freedom) untuk ayah saya, tapi juga untuk anak-anak saya dan generasi akan datang," katanya.-SH
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.