Followers

Friday, October 16, 2015

HAKIKAT NYATA TANPA MENANGI LEBIH 112 KERUSI MP ITU SIA2 NAMANYA

Ismaily Bungsu C's photo.

SEMUA kita tahu kecuali pura2 tidak tahu bahawa tanpa memenangi lebih 112 kerusi MP di PRU-14 semuanya akan sia2 sebab parti yang kuasai lebih 112 kerusi MP secara tak langsung
duduki putrajaya.


Kenapa perlu duduki putrajaya?

Sebabnya putrajaya kuasa WANG DISATUKAN termasuk kutipan cukai/GST, pendidikan, kehakiman, Imigresen, Kastam. Polis, tentera dan sebagainya yang penting termasuk hubungan luar negara.

Parti mana saja yang jelas bakal kuasai Putrajaya?

Jawabannya ialah parti yang siap tandingi 222 kerusi MP di PRU14 nanti dan sudah terang lagi bersuluh hanya BN dan gabungan PKR/DAP dan AMANAH saja bakal tandingi kesemua kerusi yang dimaksudkan.

Yang jelas parti lain tidak akan tadingi kesemua 222 kerusi berkenaan dan kalau menang satu dua kerusipun jawabannya sama seperti kemenangan PBS dalam tahun 1985 yang akhirnya terpaksa akur perintah kerajaan persekutuan.

Rata2 ramai membangkitkan tidak usah sokong parti Malaya dan hakikat sebenar bukan parti Malaya tetapi PARTI NASIONAL sebab parti UMNO, PKR, PAS, DAP, MCA, MIC adalah parti nasional ada di semua negeri di Malaysia dan ianya bukan parti Malaya.

Memang kepimpinan BN kita lihat Malaysia jadi tidak menentu, tetapi itu bukan salahnya BN tetapi salahnya pemimpin yang KORUP berakar umbi sukar dibaiki.

Jangan kesan pemimpin BN yang berbuat salah parti nasional lain sama seolah pasti melakuka hal sama dan itu tidak adil nama terbukti negeri bawah kerajaan PKR/DAP meski masih dikuasai oleh kerajaan Persekutuan, semuanya telah memperlihatkan kepimpinan yang telus banding negeri bawah BN sepenuhnya.

Makanya keadaan ini rakyat harus mengerti dan lagi pula PKR/DAP yang dulunya atas nama PR belum pernah diamanahkn untuk memerintah Malaysia.

Kita berfikirlah secara matang demi rakyat Malaysia, Sabah khususnya sebab perjuangan kita ialah perjanjian 63 harus dilaksanakan dan kemudian AUTONOMI.


ISMAILY BUNGSU
sabah
16/10/2015

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.