Followers

Thursday, October 15, 2015

Begitu Mudah Mereka Melupakan Kebusukan Mulut Ibrahim Ali ?

Teruna Aiman's photo.

Siapa tidak kenai dengan Ibrahim Ali ini, Sudah puas aku cari jawapan bagai mana Haji Hadi begitu mudah menerima dan bekerjasama kembali dengan brahim ini. 

Tapi aku rasa Rakyat kelantan tidak semudah itu untuk melupakan mulut busuk brahim ali ini contoh seperti sewaktu kembalinya bekas Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat ke rahmatullah Datuk Ibrahim Ali menerima cemuhan dan dikecam orang ramai terutama masyarakat Islam selepas mengeluarkan satu kenyataan yang disifatkan tidak sensitif.

Ibrahim, dianggap biadap dan didakwa cuba mempolitikkan kematian Nik Aziz apabila mengeluarkan kenyataan Allahyarham gagal melaksanakan hukum Hudud selain tidak banyak membangunkan negeri Kelantan selama lebih 20 tahun menjawat jawatan Menteri Besar.

Bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu membuat kenyataan berkenaan menerusi laman Facebooknya.


Tidak cukup dengan itu, Ibrahim juga dalam kenyataan yang sama, turut menyifatkan kematian Nik Aziz adalah sesuatu yang tidak mengejutkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.