Followers

Saturday, October 17, 2015

Aduhai kesian tengok UMNO dok meroyan dengan hijrahnya Datuk Saifuddin sertai PKR

APA PULAK MEREPEK MERABAN NI?

Zar Ali's photo.http://media.themalaymailonline.com

Tentu ramai gelihati dengan reaksi Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Megat Najmuddin Megat Khas berkenaan tindakan Saifuddin Abdullah meninggalkan UMNO dan menyertai PKR.

Beliau dilaporkan sebagai berkata, UMNO sama sekali tidak akan memaafkan perbuatan bekas ahli MT itu yang bukan saja keluar parti, tetapi juga mengumumkan secara terbuka.

Bukan sahaja keluar parti, tetapi juga tindakan itu dibuat cara umum dan di hadapan media. Dia nak keluar, keluarlah, katanya sebagaimana dilaporkan oleh TMI.

Ehhh...apa yang salahnya keluar UMNO dan mengumumkannya secara terbuka dan di hadapan media?

Apa yang sampai tak mahu memaafkan tindakannya itu? Apa yang UMNO boleh buat lagi setelah Saifuddin keluar meninggalkan UMNO?

 http://media.themalaymailonline.com/images/sized/ez/saifuddin_abdullah3_1510_(2)_620_413_100.jpg

Apa pula undang-undang dan disiplin UMNO yang dilanggar dengan berbuat demikian? 

Itukan hak masing-masing, lagi pun memang sewajarnya tindakan menyertai parti lain perlu dihebohkan kepada umum dan di hadapan media supaya ia diketahui ramai.

Lagi pun, Saifuddin bukanlah "pemimpin sampah" seperti yang dikatakan oleh Tengku Adnan kerana beliau pernah menjadi ahli MT UMNO dan timbalan menteri sebelum ini. Maka, sewajarnyalah penghijrahan itu diberitahu kepada umum.

Orang kahwin, bertunang dan bercerai pun jemput media, apa pulak salahnya keluar UMNO turut sama panggil wartawan?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.