Followers

Saturday, October 17, 2015

Pelajar Nekad Buat Laporan Polis Selepas Tak Tahan Jadi Mangsa Nafsu Pelajar Senior Posted by Kita Bantai


Rogol
Gambar Hiasan

TAMPIN - Seorang remaja nekad membuat laporan polis yang mendakwa dirinya dirogol oleh seorang senior di dalam tandas sebuah sekolah di Gemenceh kerana tidak tahan dengan ugutan yang diterima dari seniornya.


Remaja terbabit yang berusia 14 tahun membuat laporan di Balai Polis Gemenceh pada Selasa lalu dengan berkata dia dirogol tiga kali pada Mac lalu.

Mangsa bertindak membuat laporan polis kerana gusar dia sering menjadi tempat melampias nafsu buas seniornya sendiri.

Memetik laporan dari sumber Sinar Harian, semasa kejadian pelajar berkenaan berada di kantin sekolah kira-kira jam 8.30 malam. Pelajar terbabit yang duduk di asrama sekolah menerima pesanan WhatsApp dari suspek yang mengajaknya berjumpa.

Suspek merupakan pelajar berusia 17 tahun dan bakal mengambil peperiksaan SPM tahun ini mengugut mangsa jika enggan bertemu dengannya, mangsa akan menerima balasan buruk.

Mangsa yang ketakutan terpaksa berjumpa dengan suspek di tandas lelaki dan dirogol suspek sebanyak tiga kali pada malam berkenaan antara jam 8.45 malam hingga 9 malam,” katanya.

Selepas kejadian, suspek mengugut mangsa supaya tidak memberitahu kepada sesiapa tentang kejadian. Menurut sumber terbabit, mangsa yang takut terpaksa akur dengan permintaan suspek namun suspek bertindak biadap apabila merogol mangsa berulang kali pada Mei dan Jun lalu.

Mangsa yang pada mulanya takut dan malu akhirnya nekad membuat laporan polis berhubung kejadian rogol berkenaan kerana tidak mahu terus menerus diugut.", katanya.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang mengesahkan kejadian. Beliau berkata mangsa telah dihantar ke Hospital Tampin bagi pemeriksaan lanjut.

Suspek telah ditangkap dan direman selama tujuh hari bagi siasatan lanjut. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.