Bekas timbalan perdana menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin menggesa bekas majikannya, Datuk Seri Najib Razak
menyahut saranan Majlis Raja-raja Melayu supaya kerajaan menyelesaikan
dengan segera siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Muhyiddin
berkata Raja- raja Melayu tidak akan mengeluarkan kenyataan berkenaan
1MDB jika ia bukan isu yang melibatkan kepentingan rakyat.
“Apabila
DYMM Raja Raja bertitah mengenai isu 1MDB, ini menandakan 1MDB isu yang
amat besar pada hemat baginda sekalian dan membayangkan kebimbangan
mereka tentang kesan negatif kemelut 1MDB terhadap rakyat jelata dan negara.
“Maka pihak yang sewajarnya menjunjung titah baginda sekalian ialah perdana menteri selaku ketua kerajaan.
"Tanggungjawab
menyelesaikan isu ini akhirnya terpikul di bahu perdana menteri
sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.
Timbalan presiden Umno itu berkata, Najib mesti memastikan siasatan terhadap 1MDB oleh
agensi berkaitan dijalankan secara telus, adil dan berkecuali tanpa
sebarang gangguan atau campur tangan daripada mana-mana pihak.
Katanya,
apa yang lebih penting ialah jika hasil siasatan mendapati terdapat
pihak yang melanggar undang-undang, maka tindakan perlu diambil dengan
kadar segera tanpa rasa takut dan pilih kasih.
“Perkembangan siasatan dan pendakwaan berhubung skandal 1MDB amat mendukacitakan.
"Di
satu peringkat kerajaan kelihatan serius untuk menyelesaikan kemelut
ini, tetapi kemudiannya perkembangan proses siasatan kelihatan perlahan
dan hampir tergendala.
"Sepertinya ada tangan-tangan ghaib yang sengaja mahu menutup kesalahan pihak tertentu," katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.