Followers

Sunday, September 20, 2015

Usul undi tidak percaya perlu 40 sokongan BN


Usul undi tidak percaya perlu 40 sokongan BNPENDANG - Pembangkang memerlukan sekurang-kurangnya 40 ahli parlimen BN untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, jumlah itu merupakan majoriti mudah untuk membolehkan usul berkenaan diterima.

“Jumlah keseluruhan ahli parlimen adalah 222 orang dan jika semua ahli parlimen berada dalam dewan, bermakna majoriti mudah yang perlu ialah sebanyak 112 undi.

“Jika perlu 112, maka kita mungkin memerlukan sekurang-kuangnya 40 sokongan dari ahli parlimen BN,” katanya selepas menghadiri program pemeriksaan kesihatan percuma anjuran Impian Kedah Perlis dengan kerjasama St John Ambulans Malaysia serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Surau Kampung Kedah, Guar Kepayang di sini, semalam.

Menurutnya, 40 undi itu mungkin boleh dapat daripada 20 ahli parlimen Umno dan 20 lagi ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak.

“Kita akan berbincang dahulu dengan semua wakil rakyat berkenaan untuk mendapat majoriti mudah dalam usul ini. Dalam satu pengundian kita hanya memerlukan majoriti mudah iaitu bergantung kepada jumlah wakil rakyat dalam Parlimen yang hadir.

“Sekiranya hanya 80 ahli parlimen yang hadir, maka ia sudah memadai untuk membolehkan kita mengusul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri,” katanya.-SH


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.