Followers

Wednesday, September 23, 2015

Mufti Perak saran Putrajaya mansuh sekolah vernakular, elak perbalahan kaum


Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata sekolah vernakular masih lagi beroperasi hanya kerana permintaan supaya ia ditangguh, tetapi cadangan memansuhkannya sudahpun dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata sekolah vernakular masih lagi beroperasi hanya kerana permintaan supaya ia ditangguh, tetapi cadangan memansuhkannya sudahpun dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pemansuhan sekolah vernakular mampu mengurangkan masalah perbalahan kaum di Malaysia, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, lapor Sinar Harian.

Menurut akhbar berbahasa Melayu itu, Harussani menegaskan cadangan tersebut sudah dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri kabinet yang lain.

Bagaimanapun katanya, disebabkan kaum lain meminta agar perkara itu ditangguhkan, sehingga kini sekolah-sekolah tersebut masih beroperasi.

"Yang jadi masalah, saya sudah tegur daripada dulu, saya sudah jumpa PM dan menteri semua. Saya kata, masa kemerdekaan dulu, perjanjiannya hanya satu sekolah kebangsaan.

"Sekolah Cina akan ditutup dalam masa 6 bulan, sekolah India juga akan ditutup dalam masa 6 bulan. Semua bersetuju pada masa itu. Tetapi kerana Cina minta tangguh, kita pun kata ya, ya sampai sekarang," katanya kepada Sinar Harian.

Harussani berkata, sekiranya hanya ada satu sekolah, masyarakat bukan Melayu di Malaysia akan menjadi seperti di Indonesia dan Thailand yang bertutur menggunakan bahasa kebangsaan.

Beliau turut mengambil contoh senario yang berlaku di Singapura, pembubaran sekolah Melayu dan Cina menyebabkan peradaban rakyat di sana lebih baik berbanding Malaysia.

"Di Singapura hanya ada satu sekolah iaitu Inggeris. Sekarang mereka sudah tiada beza, fikiran mereka juga sama sebab itu ada hormat-menghormati.

"Cuma di sana, nampak Melayu diketepikan apabila mereka meminta kerja. Biasanya mereka memilih orang yang berkelulusan lebih tinggi dan lazimnya Cina yang lebih tinggi akademiknya," katanya kepada akhbar itu.

Harussani turut mempersoalkan tindakan pemimpin kerajaan yang memberi muka kepada kaum lain untuk memerintah di Malaysia. – 23 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.