Followers

Wednesday, September 23, 2015

Kumpulan pro-BN kempen asak keluarga Mahathir Shakira Buang


Dilihat sebagai reaksi balas, kumpulan pro-BN kini cuba mengaitkan keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad dengan dakwaan rasuah.

Mendakwa masih mengumpulkan “bukti kukuh” untuk dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis, mereka membangkitkan keraguan berhubung kekayaan dua anak Mahathir
.
Perkara itu antara yang ditimbulkan dalam sidang media Pertubuhan Penyokong Barisan Nasional Malaysia (PPBNM) dalam sidang media khusus berkaitan perkara itu di Kuala Lumpur hari ini.

“Ramai tahu tentang rekod kekayaan yang didapati atau dimiliki oleh keluarga mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ada juga bertanya bagaimana kedua-dua anaknya iaitu Mirzan dan Mokhzani dapat kekayaan pada dalam masa yang begitu singkat dan cepat.

“Malah, semua bukti ini banyak terdapat di media sosial sama seperti di WSJ (Wall Streeet Journal),” kata timbalan pengerusi kumpulan Dr Lee Nan San.

Lee mendakwa kedua-dua anak perdana menteri keempat itu menjadi jutawan dan berada dalam kalangan kelompok rakyat Malaysia paling kaya dalam tempoh tiga tahun sahaja.

Beliau juga turut mempersoalkan daripada mana datangnya hasil kekayaan kedua-dua lelaki Mahahir itu.

“Kalau mereka ada kehandalan atau kecekapan dalam perniagaan dari mana modal permulaan itu datang? 

Adakah begitu mudah diperoleh dari kontrak atau perniagaan antarabangsa?

“Kita bimbangan mungkin ada unsur rasuah atau penyalahgunaan kuasa semasa Tun Mahathir menjadi PM,” kata Lee lagi.

Bagaimanapun ditanya kenapa baru kini beliau membangkitkan isu tersebut, Lee berkata beliau berkata perkara itu baru menjadi perbincangan di Internet.

“Dua, tiga hari ini saya baca di laman sosial. ramai yang bertanyakan bagaimana anak Tun M dapat kekayaan. Malah, ada rakyat yang mahu penjelasan mengenainya,” katanya lagi.

Mokhzani telah dinamakan sebagai orang kesembilan paling kaya di negara ini pada tahun 2014 oleh majalah Malaysian Business.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.