Followers

Tuesday, September 29, 2015

Kesian Reezal Merican.. Menteri Batal Arahan Panggil Duta China

Wisma Putra batal panggil duta China





Wisma Putra telah membatalkan untuk memanggil Duta China, Huang Huikang, dilaporkan selepas ia dibatalkan oleh pemangku Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin.

Akhbar harian Sin Chewmelaporkan bahawa keputusan untuk memanggil duta China itu yang dibuat oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Reezal Naina Merican, telah dibatalkan oleh Hamzah.

Hamzah merupakan timbalan menteri luar sehingga rombakan kabinet Julai lalu, di mana beliau dilantik sebagai menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan.

Kenyataan Huang semasa melawatJalan Petaling baru-baru ini dilihat sebagai campur tangan asing, tetapi Huang menjelaskan ia hanya satu lawatan muhibah.

Sin Chew melaporkan Huang tidak menerima panggilan rasmi dari Wisma Putra, walaupun Kementerian Luar mengeluarkan kenyataan akhbar semalam untuk mengesahkan ia memanggil duta itu untuk mendapatkan penjelasan.

China Press juga memetik sumber sebagai berkata, Huang tidak akan ke Wisma Putra di Putrajaya hari ini.

Huang dijadualkan untuk menghadiri satu forum di Kuala Lumpur pagi ini.

Malaysiakini telah menghubungi Reezal dan Hamzah untuk mendapatkan respons mereka.

- mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.