Followers

Tuesday, September 15, 2015

Kecoh Baju Himpunan Merah Dibungkus Guna Plastik Sinar Harian??

Penjualan kemeja-T menggunakan plastik tertera logo Sinar Harian.


SEREMBAN – Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Sembilan (Gerakan Merah) tidak berniat mengaitkan akhbar Sinar Harian dalam Himpunan Baju Merah.

Pengerusinya, Mejar (B) Razali Zakaria berkata, tindakan jawatankuasa menggunakan beg plastik yang mempunyai logo Sinar Harian untuk mengisi baju yang dibeli adalah tidak disengajakan.

“Saya pun tak tahu kalau Sinar Harian tak beritahu. Kalau tak silap saya beg plastik itu lebihan daripada program di Kuala Lumpur sebelum ini, tapi saya pun tak ingat program apa.

“Ketika itu ada cenderahati berisi majalah dari (Kumpulan Media) Karangkraf (penerbit Sinar Harian) dan mungkin budak-budak saya perasan ada plastik lebih, jadi mereka gunakan,” katanya.

Penjualan kemeja-T Himpunan Baju Merah di Dataran Senawang di sini, malam kelmarin menimbulkan tanda tanya apabila plastik yang digunakan dalam urusan jual beli tertera logo Sinar Harian dan Karangkraf.

Perkara itu dikesan oleh wartawan Sinar Harian yang hadir pada Pelancaran Perhimpunan Awal Gerakan Melayu Bersatu Negeri Sembilan dan Sesi Taklimat yang diadakan di lokasi tersebut.

Ia seolah-olah memberi gambaran kepada orang ramai bahawa Sinar Harian menjadi penaja bersama atau terlibat dalam himpunan yang akan diadakan esok.

Sementara itu, Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) menegaskan syarikat tersebut tidak terbabit dalam penganjuran Himpunan Baju Merah.

“Kami tidak terlibat langsung dengan himpunan tersebut  seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak,” kata jurucakap Karangkraf.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.