Followers

Friday, September 25, 2015

Jamal patut anjur demo di depan pejabat TPM & DBKL, bukannya di Jalan Petaling


Jamal patut anjur demo di depan pejabat TPM & DBKL, bukannya di Jalan PetalingTidak cukup dengan perhimpunan berunsur perkauman yang digerakkannya bersama Pesaka pada 16 September lalu, Jamal Mohd Yunus yang mendakwa dirinya mewakili Gabungan NGO-NGO Melayu dilaporkan mahu mengadakan demonstrasi di Jalan Petaling pula pada Sabtu ini.

Daripada matlamat awal mengadakan demonstrasi itu untuk menuntut kouta tapak perniagaan untuk orang-orang Melayu di Jalan Petaling, tujuan demo itu kini bertambah cabangnya kepada dakwaan mengenai kebanjiran warga asing dan penjualan barang-barang tiruan di kawasan tersebut.

Ini menunjukkan Jamal seperti sedang mengumpulkan banyak sebab untuk mengadakan perhimpunan itu dan seterusnya memancing kehadiran lebih ramai peserta.

Selain itu, sepertimana laporan banyak media atas talian, Jamal turut mengancam pihak berkuasa agar menyelesaikan segera isu-isu yang dibangkitkannya berkaitan Jalan Petaling yang memang dikenali sebagai kawasan perniagaan orang Cina jika tidak mahu perhimpunan dan kemungkinan "suatu rusuhan" akan berlaku.

"Kalau pihak berkuasa tak ambil tindakan, saya yakin 99 peratus akan ada perhimpunan dan mungkin berlaku rusuhan di sana," Jamal dilaporkan memberi ancaman.

Walaupun pihak polis melalui Timbalan Ketua Polisnya, Noor Rashid Ibrahim telah memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas terhadap Jamal berikutan ancamannya itu, adalah disarankan agar pihak polis tidak berlengah-lengah lagi daripada menahan dan menyiasatnya.

dd

Tindakan beliau sudah jelas bukan saja mengeruhkan lagi hubungan kaum di negara ini dan mungkin menyebabkan ketegangan yang lebih berlarutan dalam negara, bahkan jelas memalukan orang-orang Melayu sendiri.

Ini kerana, kalau pun pun orang-orang Melayu mahu turut sama menjalankan perniagaan di Jalan Petaling, ianya tidak harus dilakukan melalui rusuhan atau suatu bentuk kekerasan.

Kita bukan lagi hidup di zaman batu di mana kita boleh menggunakan kekerasan jika inginkan sesuatu kawasan itu. Perniagaan harus dijalankan dengan usaha gigih dan persaingan, tetapi tidak dengan merampas hak milik orang lain.

Oleh itu, tangkaplah segera Jamal yang rasis dan menyusahkan ini!!

Lagi pula, pihak yang mengeluarkan lesen untuk menjalankan perniagaan di Jalan Petaling ialah DBKL di mana Datuk Bandar dan Menteri Wilayah Persekutuannya adalah berbangsa Melayu.

Buatlah perhimpunan aman secara besar-besaran di depan pejabat Datuk Bandar atau Menteri Wilayah Persekutuan dan mintalah diperuntukan kouta tertentu untuk orang-orang Melayu berniaga di sana.

Berkenaan kebanjiran warga asing, Jamal sepatutnya mengadakan perhimpunan di depan Kementerian Dalam Negeri untuk membantah kelulusan dan mempersoalkan mengapa tiada tindakan tegas diambil untuk mencegah kebanjiran pendatang tanpa izin di Jalan Petaling itu.

Oleh kerana Menteri Dalam Negeri adalah juga Timbalan Perdana Menteri, selain di depan Kementerian Dalam Negeri, perhimpunan secara besar-besaran itu turut boleh diadakan di depan Bangunan Perdana Putra di mana Ahmad Zahid Hamidi selalu berada atau di kediaman rasminya di Sri Satria.
tt

Begitu juga mengenai banyaknya barang-barang tiruan yang dijual di Jalan Petaling, pihak yang lebih patut dipersalahkan ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, bukannya para peniaga terbabit.

Peniaga bebas menjual kerana pihak berkuasa tidak bertindak dan seolah-olah membiarkan saja penjualan barang-barang tiruan itu berleluasa.

Kenapa pihak berkuasa tidak bertindak? Apa guna kuasa yang diberi jika tidak boleh berbuat apa-apa? Bukankah segala akta dan undang-undang sudah tersedia?

Atas semua itu, yang paling afdal diambil tindakan terlebih dahulu ialah tangkap dan siasat Jamal dengan seberapa segera kerana sasarannya berkenaan perhimpunan itu adalah salah sama-sekali, selain sikap perkaumannya yang terlalu jumud.

Jika beliau ingin juga berhimpun atau berdemo, pihak berkuasa sepatutnya minta Jamal melakukannya di depan pejabat Timbalan Perdana Menteri, Menteri Wilayah Persekutuan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta tidak lupa di Bangunan DBKL.

Di situlah punca segala-galanya apa yang berlaku di Jalan Petaling.-Blogspot

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.