Followers

Sunday, September 13, 2015

Anina Saman Penjahat Dalam UMNO, Bukan Parti !!

Mafiaboss Melayu II's photo.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikatakan tidak memahami writ saman yang dibuat, Anina Saadudin.

Dalam kenyataannya, bekas ahli Wanita UMNO Cawangan Padang Mat Sirat itu berkata, dia tidak menyaman parti itu tetapi individu yang dipanggilnya ‘penjahat’ dalam UMNO.

“Saya ingin tegaskan bahawa saya bukan menyaman UMNO sebaliknya saya menjalankan tanggungjawab keahlian saya untuk UMNO menyaman penjahat-penjahat dalam UMNO,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Anina tampil memberi penjelasan susulan dakwaanSetiausaha Agung UMNO itu bahawa pemecatannya disebabkan dia menyaman UMNO.

Dalam tulisan yang lebih sinis dia mempertikai kewibawaan Tengku Adnan.

“Saya hairan bagaimana Setiausaha Agung UMNO bertaraf menteri telah gagal memahami kandungan saman saya di Mahkamah Kuala Lumpur.

“Jika perkara mudah sebegini juga gagal Ku Nan fahami, bagaimana lah agaknya selama ini Ku Nan mentadbir negara sebagai menteri kabinet,” katanya.

Sehubungan itu beliau, bertegas tidak akan menarik balik saman yang dibuat terhadap Tengku Adnan dan sedia bersemuka dengannya di mahkamah.


“Saya cukup kagum dengan keberanian Ku Nan untuk mengapi-apikan saya supaya meneruskan saman saya terhadapnya berkaitan salah laku beliau memecat keahlian saya secara salah dalam UMNO.

“….Sudah pasti saya tidak akan menggugurkan saman saya terhadap Ku Nan. Kita akan berjumpa di mahkamah yang mulia,” katanya.-FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.