Undi tak percaya: Tiba masanya MP BN cinta sejarah!
Sehingga kini tidak ada jawapan yang memuaskan daripada beliau melainkan meminta rakyat untuk melupakan wang derma 2.6 billion yang kononnya telah dimasukkan dalam akaunnya.
Apakah ini pemimpin yang kita mahukan?
Kredibiliti Perdana Menteri itu dipersoalkan apabila dalam keadaan
ekonomi negara yang tidak stabil dan skandal kewangan negara yang
semakin parah, semuanya berkaitan dan melibatkan Perdana Menteri Najib
Tun Razak.
Bermula dengan skandal Scorpene, KWSP, 1MDB, dan yang terbaru wang derma 2.6 Billion. Kontroversi demi kontroversi yang menjejaskan imej negara dan membantutkan matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Pemimpin BN bertanggungjawab terhadap
masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita dan salah satunya cara adalah
bebas rasuah dan hentikan pembaziran wang negara.
Ini adalah mesej saya kepada rakan-rakan
BN: Berani melangkah kehadapan. Nyatakan sokongan undi tidak percaya
terhadap Najib. Tidak perlu takut pada kuasanya! Untuk sekian kalinya,
lakukanlah perkara yang betul untuk generasi akan datang.
Percayalah anak-anak kita akan berterima kasih pada anda satu hari nanti. Ketika itu, kamu akan berjalan dengan perasaan bangga dan menjadi wira kerana menyelamatkan Malaysia. Anda akan menjadi sebahagian daripada sejarah Malaysia yang melakukan perubahan.

YB Zuraida Kamaruddin adalah Ahli Parlimen Ampang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.