Isnin, 24 Ogos, 2015.
LCD Text Generator at TextSpace.net
Najib Menanti Saat Umno Pecah Berderai
Abu Hassan Adam
Jikalau aku tak silap, pernah pada suatu ketika dalam tahun-tahun
1960an, selepas penubuhan Malaysia, Saudara Lee Kuan Yew, Perdana
Menteri Singapura mengeluarkan ‘peribahasa’ mengatakan bahawa ‘orang
yang mengantuk adalah makanan si jaga dan si bodoh adalah makanan si
cerdik’. Tentu ada sebabnya mengapa beliau menyatakan ‘peribahasa’
berkenaan.
Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web
Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web
Perdana Menteri Singapura mengeluarkan ‘peribahasa’ mengatakan bahawa ‘orang yang mengantuk adalah makanan si jaga dan si bodoh adalah makanan si cerdik’.
Tentu ada sebabnya mengapa beliau menyatakan ‘peribahasa’ berkenaan. Yang aku boleh rasakan bahawa beliau menyatakan demikian ialah dalam suasana orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu ketika itu, dilihat sebagai golongan yang tidak begitu cerdik dan boleh diputar-belitkan, disamping mengingatkan rakyat Singapura supaya sentiasa cerdik dan waspada dalam menghadapi apa juga keadaan ketika itu ( dalam suasana politik yang amat genting yang akhirnya membawa kepada perpisahan antara Singapura dari Malaysia).
Suasana politik di Malaysia kini kelihatan seolah-olah DS Najib bergantung kepada ‘talian hayat’ yang menghubungkan beliau dengan sebahagian besar ahli UMNO yang masih boleh ‘diperkotak-katikan’.
Kepada merekalah para pemimpin memberikan berbagai alasan (yang diciptakan sendiri oleh mereka) untuk meyakinkan para ahli UMNO peringkat akar umbi bahawa sebenarnya DS Najib menerima sumbangan wang sejumlah RM 2.6 billion dari seseorang penderma dari Timur Tengah.
Ahli UMNO akar umbi yang merupakan golongan yang mudah percaya tentang apa saja yang dikatakan oleh pemimpin mereka terus percaya dan yakin tanpa banyak bicara dan tidak pernah terfikir untuk mempersoalkan rasional dan lojik tidaknya penjelasan yang diberikan.
Rakyat Malaysia yang waras cara berfikirnya telah melemparkan tuduhan ‘bodoh’ kepada ahli UMNO yang bersikap demikian.
Ada juga alasan mengapa golongan yang berpelajaran ini menggelarkan golongan ahli UMNO itu sebagai golongan yang agak ‘bodoh’ kerana boleh ditipu dan diputar-belit oleh pemimpin mereka.
Hairan juga mengapa golongan UMNO yang sebegini boleh yakin dan percaya dengan penjelasan yang diberikan sedangkan terlalu banyak fakta yang ‘tidak masuk akal’ yang diberikan oleh para pemimpin dalam usaha meyakinkan golongan UMNO akar umbi itu.
Namun dengan penjelasan yang sedemikian para pemimpin UMNO berjaya dalam usaha meyakinkan pengikut supaya memberikan sokongan kepada kepimpinan tertinggi UMNO.
Aku merasakan bahawa pemimpin akar umbi UMNO tidak bodoh tetapi ‘lurus bendul’. Mereka tidak langsung mahu menyusahkan fikiran mereka memikirkan perkara-perkara yang semacam tidak kena mengena dengan kehidupan seharian mereka.
Mereka tidak merasakan keperitan hidup seharian mereka sekiranya nilai mata wang kita terus merudum kerana mereka tidak merasakan keperitannya sekiranya berkunjung ke laur negara.
Mereka tidak pernah pun keluar negara. Dengan demikian mereka tidak akan dapat merasakan keperitan sedemikian. Mungkin bagi mereka yang mempunyai anak belajar di luar negara akan merasa keperitan sedemikian. Itupun atas tajaan kerajaan.
Justeru mereka semacam ‘tidak peduli’ tentang apa yang berlaku. Mereka begitu ‘bersyukur’ dengan kehadiran pemimpin negara di mesyuarat UMNO di tempat mereka dan dapat pula bertemu muka dan beramah mesra dengan pemimpin ‘kesayangan’ mereka.
Disamping itu pasti pula diberikan ‘cenderahati’ dan ‘buah tangan’ yang pastinya lumayan yang semacam seumur hidup tidak pernah dinikmati oleh mereka.
Lantas mereka akan ‘mengangguk’ dan ‘terus mengangguk’ dengan apa saja yang diperkatakan oleh pemimpin mereka tanpa berfikir panjang, apatah lagi untuk mempersoalkan kerasionalan apa yang diperkatakan oleh pemimpin mereka.
Aku tak kata semuanya begitu tetapi kebanyakannya semacam begitulah. Sebenarnya bukan ahli UMNO itu yang bodoh tetapi diperbodohkan oleh setengah pemimpin UMNO yang memberikan penjelasan yang cuba ‘membohongi’ ahli UMNO itu sendiri.
Rakyat Malaysia pada umumnya sudah faham dan jelas tentang hal-hal yang berkaitan dengan IMDB dan RM 2.6 billion itu. Jelas.
Tetapi yang nampak kurang jelas ialah para ahli UMNO yang terus mengangguk apabila dijelaskan oleh para ‘pemimpin’ mereka. Maknanya mereka setuju 100% apa yang disampaikan oleh para pemimpin mereka.
Sampai bila agaknya keadaan jadi begini. Golongan yang bimbang dengan keadaan yang akan menimpa negara ini terus menerus ‘melolong’ dan ‘melalak’ seperti anjing menyalak bukit sedangkan golongan yang mempertahankan ‘status Quo’ menggunakan ahli UMNO peringkat akar umbi sebagai menyambung ‘talian hayat’ mereka untuk terus menerus memerintah negara ini.
Dan yang paling malangnya ialah sudah kelihatan semacam negara ini sudah tidak berperaturan dan undang-undang dimana para pemimpin sudah sewenang-wenangnya melakukan apa saja yang terlintas di hati dan kepala mereka. Mungkin agaknya masih ramai lagi rakyat Malaysia yang menunggu saat-saat negara tercinta ini menjadi ‘padang jarak padang terkukur’.
Atau pun mungkin mahu mellihat negara ini menjadi nasi yang sudah menjadi bubur. Dan sekiranya negara ini dapat diselamatkan, kedudukan UMNO belum tentu selamat.
Mungkin DS Najib menunggu dan menanti saat UMNO pecah berderai……
abuhassanadam ( KERENGGA )
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.