Followers

Sunday, August 23, 2015

Umno Selangor ikrar desak Azmin batalkan DEIG, kata Noh Omar OLEH DIYANA IBRAHIM


Zar Ali's photo.
Umno Selangor akan terus mendesak menteri besar batal penubuhan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) Sdn Bhd, kata Datuk Seri Noh Omar. 

Umno Selangor akan terus mendesak menteri besar batal penubuhan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) Sdn Bhd, kata Datuk Seri Noh Omar.

Umno Selangor hari ini berikrar akan terus memberi desakan kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali untuk membatalkan penubuhan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) Sdn Bhd, kata Datuk Seri Noh Omar.

Beliau yang merupakan pengerusi badan perhubungan Umno negeri itu menyifatkan tindakan Azmin menubuhkan DEIG bagi menguruskan aset kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI) seperti 'tikus membaiki labu'.

"MBI itu entiti berbeza. MBI ada enakmen yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) sedangkan DEIG ditubuhkan di bawah Akta Syarikat, bermakna aset dilepaskan kepada syarikat.

"Jadi, apa jaminan syarikat yang uruskan RM30 bilion tanpa memberi jawapan kepada kerajaan negeri? 

Kalau syarikat ini bankrap, yang akan rugi rakyat Selangor," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kuala Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Umno Selangor akan memfailkan tindakan undang-undang bagi membantah tindakan kerajaan negeri itu dan membatalkan penubuhan DEIG.

Azmin sejak Selasa lalu dikritik kerana menubuhkan DEIG yang tidak tertakluk di bawah enakmen negeri dan tidak perlu melaporkan penyata kewangan dalam DUN walaupun bertanggungjawab menguruskan RM6.3 bilion aset pelaburan negeri.

Namun katanya, isu dana RM30 bilion tidak timbul kerana nilai pembangunan kasarnya (GDV) sentiasa berubah-ubah.

Malah, beliau juga pagi tadi enggan memberi komen terhadap kritikan pemimpin Umno yang dilemparkan terhadapnya. 

"RM2.6 bilion itu derma, ini (DEIG) pelaburan. Kalau itu pun tak faham jangan tanya saya, pergi tanya Rahman," kata Azmin kepada pemberita di Shah Alam pagi tadi, merujuk kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Mengulas keengganan menteri besar itu memberi sebarang komen, Noh berkata, beliau melihat Azmin sebagai seorang yang biadab.

Katanya, Azmin bukan sahaja biadab apabila membabitkan isu DEIG, namun isu lain seperti mengingatkan polis supaya mengikut undang-undang dalam menguruskan protes Bersih 4 pada hujung bulan ini.

"Siapa menteri besar ini? Nak urus tadbir negara pun tidak reti, nak tubuh syarikat pun tidak betul, tapi nak ajar polis tadbir negara. Kita masing-masing ada tugas, biarlah mereka jalankan tugas.

"Kalau betul mereka nak beri sokongan kuat (kepada Bersih), kenapa kena bawa ke Dataran Merdeka? 

Kenapa tidak di Selangor? Apa niatnya untuk huru-hara dan memberi imej buruk kepada negara?" soalnya.

Sementara itu Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim turut membidas tindakan Azmin dengan mempersoalkan keputusan menteri besar tersebut menubuhkan DEIG untuk dijadikan dana politik.

"Mengapa sebuah anak syarikat ditubuhkan di bawah MBI, sedangkan MBI itu sudah diluluskan di dalam sidang DUN?" soalnya.

Beliau juga bertanya sama ada Azmin akan tetap meneruskan keputusannya menubuhkan DEIG meskipun menerima tentangan hebat termasuk daripada parti pembangkang.

DUN Selangor pada Rabu mendengar pembentangan usul daripada Adun Hulu Kelang Saari Sungib yang mencadangkan supaya operasi DEIG ditangguhkan selama 6 bulan sehingga kertas putih mengenainya, yang menerangkan mengenai keperluan ia diwujudkan, dibentangkan dalam Dewan.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.