Followers

Sunday, August 23, 2015

DAP nafi dakwaan Umno terima sumbangan dari Yahudi YB Anthony Loke DAP.


SHAH ALAM - DAP hari ini menafikan parti itu mendapat sumbangan kewangan daripada mana-mana sumber asing termasuk melibatkan musuh Islam iaitu regim Yahudi.

Setiausaha Organisasinya, Anthony Loke menegaskan dakwaan tersebut hanyalah untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar iaitu penyaluran dana RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya juga ingin mengingatkan pemimpin-pemimpin Umno bahawa apa pun usaha mereka untuk mengalihkan perhatian rakyat, isu RM2.6 billion akan terus menghantui Najib dan Umno, kini dan selama-lamanya!

"Saya nak bertanya kepada pemimpin-pemimpin Umno sama ada mereka sedar atau tidak bahawa mereka menunjukkan tahap kebodohan yang tiada batasannya dalam perlumbaan mereka untuk menyelamat dan mempertahankan Najib dalam isu RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya," 

 

katanya dalam satu kenyataan, hari ini yang mengulas kenyataan Ketua Umno Bahagian Sri Gading, Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang mendedahkan bahawa sumbangan dari Timur Tengah itu kepada Presiden Umno itu bagi membolehkan parti Melayu itu berupaya melawan DAP pada PRU13 lalu yang kononnya dibiayai oleh Yahudi.

Abdul Aziz berkata, penderma tersebut dikatakan khuatir dengan pengaruh Yahudi akan meresap di Malaysia melalui DAP dan memusnahkan Kerajaan Islam yang diketuai oleh pemimpin BN.


Posted by Kedah Lanie

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.