Followers

Sunday, August 23, 2015

Kekalkan K'jaan BN Yang Goyang Di Bawah Najib, Tidak Perlu Usul Tak Percaya. Posted by Ibnu Hasyim



KL: Kekalkan kerajaan BN yang goyang di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang, daripada wujudnya kerajaan BN yang dibangunkan kembali setelah Najib dijatuhkan dalam sidang Dewan Rakyat pada Oktober ini. 

Kerana kerajaan BN yang baru sudah tentu kuat dan kukuh akan memperlambatkan kejatuhan BN menjelang Pilihan raya umum Ke 14 akan datang.

Demikian pandangan yang dikemukakan oleh Weblog Ibnu Hasyim.

"Jadi, untuk kempen selamatkan Malaysia, tidak perlu dilakukan menerusi usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang Dewan Rakyat Oktober ini. 

"Apa lagi bila ada gesaan pihak-pihak tertentu yang cuba mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya memberi jaminan bahawa kesemua Ahli Parlimen Pas menyokong sebulat suara usaha tersebut. 
 
Presiden PAS dan Ahli Parlimennya pun ada hak kebebasan bersuaranya sendiri." Jelas editornya Dr Hj Mohd Hasyim.

Hj Mohd mengulas kenyataan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang menegaskan usul itu boleh selamat jika sekurang-kurangnya 78 Ahli Parlimen pembangkang bersatu untuk menyokong dan selebihnya daripada Ahli Parlimen Umno dan BN.
 
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mempunyai bukti mengenai komplot menggulingkan kerajaan iaitu dokumen akuan bersumpah yang menyasarkan 37 Ahli Parlimen BN. 
 
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan, dokumen itu juga disiapkan untuk ditandatangani oleh 87 Ahli Parlimen pembangkang dan satu daripada Bebas.


Mengenai masalah negara, Hj Mohd bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, iaitu kerajaan perlukan rombakan menyeluruh dan tidak memadai dengan menurunkan Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan perdana menteri sahaja. (IH)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.