Followers

Sunday, August 23, 2015

Haram jatuhkan pemimpin cara kekerasan, kata Shahidan

susulan pendedahan timbalan perdana menteri wujud kumpulan tertentu dalam Umno yang berhasrat berbuat demikian.

Bercakap pada majlis pembukaan mesyuarat perwakilan parti bahagian Kangar, Arau dan Padang Besar di Kangar hari ini, pengerusi badan perhubungan Umno negeri
itu bagaimanapun berkata, majlis fatwa membenarkan orang di bawah mengkritik pemimpin mereka.

"Tetapi, sekiranya seorang pemimpin dijatuhkan dengan cara paksa, itu haram. Kalau buat benda haram, masuk neraka, tahu?" katanya memberi amaran kepada ahli parti pada mesyuarat yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi ini.

Semalam, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, rakyat boleh menggulingkan atau menjatuhkan kerajaan yang mungkar atau zalim menerusi sistem demokrasi pilihan raya ataupun undi di Parlimen.

Katanya, agama menuntut umatnya bertegas dalam membenci dan membantah kemungkaran dan kezaliman pemerintah, tetapi Nabi Muhammad melarang rakyat memerangi pemerintah Islam menggunakan senjata selagi mereka menunaikan solat.

Bagaimanapun, sebelum ini, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria memberi pandangan, tindakan menggulingkan kerajaan adalah haram di sisi Islam kerana kerajaan atau pemerintah sudah dipilih rakyat melalui cara yang sah.

"Walaupun pemerintah yang dipilih itu zalim sekalipun tindakan menggulingkannya tetap haram dan umat Islam tidak boleh berbuat demikian," beliau dipetik berkata Harian Metro Online pada Khamis. – 23 Ogos, 2015.




PEN BURUK ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.