Followers

Saturday, August 1, 2015

TPM nafi spekulasi perubahan kepimpinan tertinggi di beberapa negeri


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa kepimpinan tertinggi negeri terutama di Perak adalah kekal. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Ogos, 2015.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa kepimpinan tertinggi negeri terutama di Perak adalah kekal. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Ogos, 2015.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa kepimpinan tertinggi negeri terutama di Perak adalah kekal. 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan spekulasi bahawa terdapat perubahan dalam kepimpinan tertinggi beberapa negeri seperti Perak dan Kedah berikutan rombakan kabinet baru-baru ini.

Beliau memberi jaminan bahawa kepimpinan tertinggi negeri terutama di Perak adalah kekal.

"Kami memberi kepercayaan serta keyakinan sepenuhnya kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk terus memimpin negeri Perak," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bagan Datoh di Bagan Datoh hari ini.

Ahmad Zahid berkata di dalam perkara ini, pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai ketua negara dan presiden parti adalah jelas.

"Yang penting adalah dokongan daripada semua pihak dan ia tidak harus terkait dengan keputusan Kabinet yang lalu kerana ia melibatkan rombakan di peringkat nasional.

"Saya tidak mahu mendahului perdana menteri dalam membuat keputusan tetapi yakinlah bahawa tidak akan berlaku rombakan atau sebarang pertukaran di mana-mana negeri dan jangan timbul spekulasi mengenainya, jangan ada perasaan dalam hati pemimpin berkenaan bahawa mereka akan disingkir," katanya.

Ahmad Zahid berkata apa yang penting ialah semua pihak perlu setia dan menyokong kepimpinan parti.
"Setialah kepada kepimpinan, beri sokongan kepada kepimpinan dan jangan bimbang kedudukan masing-masing," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung spekulasi beberapa menteri besar akan ditukar berikutan rombakan Kabinet pada 28 Julai lepas. – Bernama, 1 Ogos, 2015.


  
http://www.themalaysianinsider.com/.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.