Followers

Saturday, August 1, 2015

Hishamuddin Rais aktivis keempat ditahan menjelang ‪#‎TangkapNajib‬ OLEH AMIN ISKANDAR DAN MUZLIZA MUSTAFA


Aktivis  Hishamuddin Rais ditangkap polis tengah hari tadi dan kini sedang menunggu peguam beliau, masih tidak diketahui sebab mengapa beliau ditangkap. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Ogos, 2015.

Aktivis Hishamuddin Rais ditangkap polis tengah hari tadi dan kini sedang menunggu peguam beliau, masih tidak diketahui sebab mengapa beliau ditangkap.


Aktivis Hishamuddin Rais ditangkap polis tengah hari tadi dan kini sedang menunggu peguam beliau, masih tidak diketahui sebab mengapa beliau ditangkap


Aktivis Hishamuddin Rais ditangkap tengah hari ini dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di mana beliau ketika ini masih menunggu ketibaan peguam yang akan mewakilinya.

Hishamuddin berkata beliau ditahan semasa sedang makan di Seksyen 14, Petaling Jaya.

"Saya masih menunggu seorang peguam dan saya tidak tahu sebab saya ditangkap," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu, peguam Latheefa Koya juga mengesahkan penangkapan aktivis itu, mengatakan ia mungkin berkaitan dengan perhimpunan #TangkapNajib anjuran belia dan aktivis pelajar di ibu negara hari ini.

Katanya, peguam G Sivamalar akan datang ke ibu pejabat polis Petaling Jaya bagi membantu Hishamuddin. – 1 Ogos, 2015.


See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.