Followers

Tuesday, August 18, 2015

Selangor sedia kaji semula skim air percuma - MB Azmin Ali - Mohamad Fadli


Azmin-Ali,-water-tariffs,-Selangor

Ini berikutan terdapat rakyat menggunakan air percuma itu bagi tujuan lain seperti berkebun dan kolam renang. 

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bercadang untuk meneliti semula skim air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan yang pada asalnya bertujuan untuk membantu rakyat.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, kajian semula skim air percuma itu berikutan terdapat rakyat menggunakan air percuma itu bagi tujuan lain seperti berkebun dan kolam renang.

“Sedangkan rakyat miskin yang tidak ada kolam air tidak mendapat manfaat,” katanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim mengenai sama ada kerajaan negeri akan teruskan program pemberian air percuma selepas penstrukturan air Selangor dimuktamadkan.

Sehubungan itu, kajian itu akan dibahaskan dalam sidang akan datang ketika pembentangan Bajet 2016.

“Tetapi setakat ini belum ada hasrat untuk batalkan. Kita akan kaji apakah program ini dapat diperbaiki supaya kumpulan sasaran dapat manfaat perbelanjaan yang dikeluarkan kerajaan negeri,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.