Followers

Sunday, August 30, 2015

Perhimpunan BERSIH 4 bersambung hari kedua


Selepas para peserta berihat, perhimpunan BERSIH 4 di Kuala Lumpur, Kuching dan Sabah bersambung untuk hari kedua hari ini.

Sekitar jam 6 pagi, aktiviti bersambung di Jalan Tunku Abdul Rahmah dan Jalan Tun Perak, apabila para peserta mula bangun dari tidur dan mengemas barangan mereka.

Peserta yang beragama Islam pula bangun untuk mengerjakan solat Subuh.

Ada yang menyediakan tempat solat di atas jalan, manakala sesetengahnya pula pergi ke sebuah masjid berdekatan.

Di Sabah, peserta perhimpunan itu yang diadakan di Taman Awam Likas di Kota Kinabalu bersurai pada pukul 9 malam dan perhimpunan itu akan disambung kembali pada pukul 8 pagi ini, lapor Bernama.

Di Kuala Lumpur, peserta malam tadi perhimpunan itu mendengar ceramah pemimpin pembangkang dan NGO dari atas badan lori yang diubah suai menjadi pentas lengkap dengan sistem pembesar suara.

Ceramah mereka juga diselangi dengan deklamasi sajak dan persembahan lawak jenaka, selain daripada persembahan lagu yang bermesej politik.

Sebahagian daripada peserta juga meluang masa untuk makan malam di restoran berhampiran sementara yang lain membeli-belah di Pasar Seni, Jalan Petaling dan kawasan berdekatan.

Di Kuching, peserta kembali ke padang Song Kheng Hai pada pukul 9 malam tadi dan mendengar ceramah dan deklamasi sajak. Mereka juga menyalakan lilin.

Wartawan di lapangan juga mendapati keadaan di kedua-dua tempat berada dalam keadaan terkawal walaupun ribuan peserta memenuhi kawasan sekitar Dataran Merdeka.


Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.