Followers

Sunday, August 30, 2015

Najib Menggelupur Dengan Kenyataan Mahathir Ini..


Zar Ali's photo.
Najib Menggelupur Dengan Kenyataan Mahathir Ini. Ringgit akan terus menjunam dengan kejatuhan semasanya melainkan ‘orang’ tertentu sudah tidak ada lagi, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Meskipun beliau tidak menamakan orang itu, ramai yang mengandaikan negarawan bersara itu merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dr Mahathir berkata pencapaian semasa mata wang Malaysia lebih teruk berbanding ketika krisis kewangan Asia pada 1997/1998.

Memetik baht Thailand sebagai contoh, beliau berkata dalam keadaan paling teruk sekalipun, kadar tukaran antara ringgit dan mata wang Thailand ialah RM1 kepada 10 baht.

Bagaimanapun, sekarang tukaran itu menjadi RM1 kepada hanya 7 atau 8 baht. “Mengapa ini berlaku? Ia kerana orang sudah tidak percaya kepada ekonomi Malaysia, mereka mahu lari dan buang ringgit kerana nilainya mungkin akan jatuh lagi esok.

“Ini akan jadi lebih teruk pada masa depan. Saya tidak nampak ia boleh diperbaiki melainkan orang itu sudah tidak ada lagi,” katanya di program bual bicara Malaysia Hari Ini: Ke Mana Kita? Di stadium Pasir Gudang, Johor hari ini.

Dr Mahathir adalah salah seorang pengkritik paling lantang Najib dan berkali-kali mendesak perdana menteri itu meletakkan jawatan kerana skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan “derma” RM2.6 bilion daripada penderma Timur Tengah yang tidak diketahui ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Najib Menggelupur Dengan Kenyataan Mahathir Ini

Dr Mahathir hari ini berkata ringgit hari ini sangat lemah sehingga ada orang yang tidak mahu langsung guna mata wang itu, dan mereka yang memilikinya lebih suka untuk menukarnya kepada mata wang lain lebih kukuh.

Beliau berkata ramai rakyat Malaysia, terutama mereka yang mempunyai anak belajar di luar negara, bersusah payah untuk bertahan dengan kelemahan ringgit.

Di sebalik jaminan Putrajaya mengenai asas negara kukuh, kebimbangan mengenai keadaan ekonomi tetap kekal berikutan ringgit, mencatat pencapaian paling teruk dalam tempoh setahun ini, turun melebihi RM4 berbanding dolar AS sementara rizab tukaran asing jatuh di bawah AS$100 bilion bulan lalu, pertama kali sejak 2010.

Najib berdepan kritikan teruk susulan derma AS$700 juta (RM2.6 bilion) daripada penderma Timur Tengah yang tidak diketahui ke dalam akaun peribadinya sementara pada masa sama, syarikat pelaburan diilhamkannya, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berdepan pelbagai siasatan kerana dakwaan salah guna kewangan.

Negara ini juga berdepan dengan tanggapan campur tangan kerajaan apabila Tan Sri Abdul Gani Patail disingkirkan daripada jawatan peguam negara sementara pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negara (SPRM) diserbu dan pegawainya ditahan untuk disoal siasat polis kerana dituduh membocorkan maklumat berkaitan 1MDB.

Pada Selasa, Najib mengumumkan satu jawatankuasa baharu untuk memastikan pertubuhan ekonomi Malaysia dalam menghadapi apa yang digambarkannya sebagai “waktu yang tidak tentu dan mencabar”.

“Objektif jawatankuasa itu ialah memastikan momentum pertumbuhan Malaysia akan berterusan untuk satu jangka masa dan mampu menjana kemakmuran dalam masa yang agam tidak menentu dan mencabar,” katanya.

Najib bagaimanapun berkata butir terperinci jawatankuasa itu akan diumumkan “tidak lama lagi”.


ADDIN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.