Followers

Monday, August 10, 2015

Nazir Razak Muat Naik Imej Individu Penting SPRM



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazir Razak menerusi akaun instagram memuat naik imej empat individu penting Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Empat individu terbabit adalah Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Timbalan Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Mohd Shukri Abdul; Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob.

Imej itu disertakan kapsyen yang menarik perhatian pengikut Instagram adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.

"Beberapa lelaki yang baik. Lindungi institusi mereka, SPRM. Benarkan dan dorong mereka melaksanakan tugas tanpa rasa takut atau pilih kasih," katanya yang juga Pengerusi Kumpulan CIMB Nazir dalam ulasan instagramnya hari ini.


A few good men. Protect their institution, MACC. Allow & encourage them carry out their duties without fear or favor.

A photo posted by Nazir Razak (@nazir.razak) on

Aug 9, 2015.

Sebelum ini, pemindahan dua pegawai kanan SPRM, Bahri dan Rohaizad ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengundang tanya tanya pelbagai pihak.

Muat naik itu menerima pelbagai komen daripada pengikut Instagram Nazir.

Sementara itu, Abu Kassim pula selesai menjalani pembedahan pada 7 Ogos lalu dan kini sedang dalam cuti sakit.

Tempat beliau dipangku Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Datuk Mustafar Ali sehingga Abu Kassim kembali bertugas.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.