Followers

Sunday, August 9, 2015

Betul Lah YAB MB Selangor Kata : "Polis Barua UMNO"

Polis Pantau 'Johor Tolak Najib'




JOHOR BAHRU - Beberapa kain rentang kontroversi yang dipercayai ditemui di sekitar kawasan Skudai dan Senai, dekat sini, menjadi ‘viral’ dalam laman sosial.

Kewujudan kain rentang itu dipercayai menjadi cubaan provokasi pihak tertentu ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abd Razak.

Najib yang merupakan Presiden Umno dijangka hadir ke negeri ini, bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang, hari ini.

Tanpa tertera gambar Najib mahupun logo Umno, kain rentang terbabit memaparkan kata-kata seperti ‘Johor Tolak Najib’; ‘Najib King of Donation’ dan ‘Tangkap Najib’.

Bagaimanapun, tinjauan Sinar Harian semalam tidak menemui kain rentang seumpama itu di jalan-jalan utama di sekitar bandar raya Johor Bahru.

Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad berkata, beliau sudah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah untuk memantau perkara berkenaan.

“Kita minta juga supaya pihak yang berwajib supaya mengambil tindakan yang sewajarnya kerana kain rentang tersebut didapati dinaikkan di tempat yang tidak sepatutnya.

“Kita turut menasihatkan orang ramai supaya tidak sengaja menimbulkan isu yang sensitif seperti ini,” katanya.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Salehuddin Hassan berkata, beliau telah mengarahkan kakitangannya yang bertugas untuk melakukan pemeriksaan dan menurunkan kain rentang tersebut serta merta.

“Kita tidak menerima sebarang permohonan permit untuk menaikkan kain rentang tersebut.

“Ini adalah perkara yang tidak baik dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan kita tidak pasti angkara siapa.

“Namun, saya akan arahkan anggota MPJBT yang bertugas supaya segera menurunkan kain rentang tersebut sekiranya ia terdapat di bawah seliaan kami,” katanya.

Sementara itu, sumber Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) memberitahu kain rentang terbabit mula diturunkan sejak tengahari semalam, sebaik sahaja pihak mereka mendapat maklumat mengenainya.

Ketua Umno Bahagian Kulai, Datuk Zainal Abidin Jidin berkata, pemasangan kain rentang ditemui di sekitar kawasan Skudai dan Senai itu dilihat seakan bertujuan memberi persepsi negatif terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan parti yang dipimpin.

Menurutnya, perbuatan terbabit (pemasangan kain rentang) tiada kaitan dengan ahli Umno dan pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti pihak bertanggungjawab.

“Ini perbuatan sabotaj kerana mereka tahu Perdana Menteri akan datang ke negeri ini.

“Ini bukan perbuatan ahli kita kerana kita punyai pendekatan tersendiri untuk menyuarakan pandangan.

"Kita akan siasat perkara ini dan kain rentang berkenaan juga telah diturunkan sebaik sahaja kita menerima maklumat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

- sinarharian


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.