Followers

Sunday, August 9, 2015

Alasan Duit Derma Najib Menjadi 'Lawak Antarabangsa'


Mafiaboss Melayu's photo. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sepatutnya berterus-terang memberitahu lebih awal RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya adalah duit derma dan bukannya daripada syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Wujud khabar angin sebelum ini beberapa "putera Arab" dan "sheikh" (ahli perniagaan) yang kaya raya akan "mengaku" menderma sejumlah wang besar kepada Najib.

Persoalannya, jika duit atau hutang 1MDB tidak pergi ke akaun peribadi perdana menteri, ke mana pergi duit itu???

Persoalan mengenai pengurusan dan fungsi 1MDB masih tidak terjawab kerana ahli perniagaan Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low dan individu berkaitan dengan syarikat yang dibebani hutang berbilion ringgit kini melarikan diri ke luar negara.

Manakala, individu yang disiasat pasukan petugas khas termasuk Pengarah Urusan SRC International yang juga bekas ketua pegawai pelaburan 1MDB, Nik Faisal Ariff Kamil serta pengarah 1MDB Datuk Suboh Mohd Yassin sepatutnya tampil membersihkan nama perdana menteri.

Siapa penderma ini dan mengapa SPRM dan pasukan petugas khas 1MDB mengambil masa yang lama untuk mengetahui AS$700 juta datang daripada derma???.

Justeru itu, pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula dengan ketua pesuruhjaya Tan Sri Abu Kassim Mohamed perlu meletakkan jawatan secara suka rela kerana gagal mengesan secara awal US4700 juta dalam akaun AmIslamic Najib adalah wang derma.

Kesan dari kes ini juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dipecat oleh Najib manakala Peguam Negara Tan Sri Abd Gani Patail telah ditamatkan perkhidmatan secara tiba-tiba.

Sementara itu pegawai penyiasat dan timbalan pendakwaraya SPRM dalam kes ini telah ditangkap polis, dua pengarah SPRM yang menyiasat kes ini juga telah ditukarkan ke JPM dalam tempoh 24 jam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.