Followers

Thursday, August 13, 2015

Bersih 4.0- Jangan kacau kami, kata pengerusi SPR By canang


 
Semua pihak khususnya pembangkang dan BERSIH diingatkan agar tidak ‘mengacau’ kerja-kerja persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri Sarawak.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata cadangan pembangkang bagi persempadanan semula ini bukan sahaja libatkan belanja lebih besar, bahkan memerlukan lebih tenaga dan masa.

“Saya fikir BERSIH diketuai Datuk S Ambiga yang jadi konsultan ‘mereka’ (buat bantahan persempadanan semula bahagian pilihan raya Sarawak).

“Setelah kita (SPR) ‘kalah’ (di Mah­kamah Tinggi), pihak pembangkang min­ta SPR jangan buat rayuan (ke Mahkamah Rayuan) kerana menurutnya akan melibatkan belanja lebih besar,” kata Abdul Aziz dalam wawancara dengan Utusan Malaysia.

“Apa yang pembangkang cakapkan ini, kerana sebenarnya belanja untuk buat balik persempadanan semula itulah yang lebih besar, hampir RM1 juta. Rasional atau tidak mereka ini?”

Menurut Abdul Aziz, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah pun meminda undang-undang untuk menambah 11 kerusi DUN dengan persetujuan dua pertiga ahlinya.

“Tetapi hendak diletakkan di mana kerusi itu dalam sesuatu kawasan DUN dan Parlimen tertentu, itu adalah kuasa SPR. Inilah yang cuba ‘dikacau’,” katanya seperti dilaporkan akhbar Umno itu.

Malah, Abdul Aziz berkata mana mungkin pihak luar mahu menyamakan kawasan DUN Sarawak dengan negeri-negeri di semenanjung kerana luas setiap tempat di Bumi Kenyalang itu berbeza-beza.

“Dalam hal ini, SPR dikatakan menipu dengan tidak mengikut perlembagaan. Tetapi sebenarnya mereka mahukan konsep ‘one man, one vote, one value’ iaitu nilai pengundi di Shah Alam mesti sama dengan nilai di Kapit.

“Sedangkan bilangan pengundi di Shah Alam ini ada bandar rayanya, separuh bandar dan ada juga kampung,” ujarnya.

Justeru, Abdul Aziz mahu semua pihak memahami keputusan Mahkamah Rayuan yang mengatakan SPR betul.

“Jangan pula dikatakan mahkamah silap pula,” tegasnya.

Mahkamah Rayuan Putrajaya awal Ogos ini sebulat suara membenarkan rayuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan amalan persempadanan semula mereka baru-baru ini sebagai tidak sah dan terbatal.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.