Followers

Thursday, August 13, 2015

Maia si janda jelita cintai jejaka Itali?


 

  Berstatus janda ketika masih memiliki paras jelita menyebabkan hidup Maia Estianty sering diperhatikan,  dan menjadi bahan bualan.

Terbaru, bekas isteri Ahmad Dhani itu dilaporkan sedang akrab dengan seorang selebriti daripada bidang berbeza.

Jika Maia adalah pemuzik dan penyanyi, lelaki yang dikatakan dekat dengannya itu ialah salah seorang juri rancangan Masterchef Indonesia, Matteo Guerinoni.

Menurut sumber, hubungan Maia dan Guerinoni (gambar) mula dekat sejak pakar masakan itu menjadi pengulas pertandingan lumba motosikal di sebuah stesen televisyen Indonesia.

Semalam Maia, 39, diserbu media yang ingin bertanya mengenai gosip dia sedang hangat bercinta dengan Guerinoni, namun ia mungkin bukan jawapan yang diharapkan peminatnya.

"Tanya pada Theo (Guerinoni). Saya tak ada apa-apa," katanya kepada media selepas menghadiri majlis ulang tahun ke-26 stesen televisyen RCTI di Jakarta Barat, semalam.

Kata Maia, selepas bercerai dengan Ahmad Dhani pada 2008, kini pintu hatinya memang sudah dibuka untuk lelaki lain.

Begitu juga dengan tiga anaknya yang diperoleh hasil berkongsi hidup dengan pemuzik terkenal itu.

"Anak-anak sudah boleh terima jika saya ada teman lelaki, cuma ketika ini terserah kepada saya untuk memilih siapa," katanya.

Setakat ini, kata Maia, dia tidak menganggap Guerinoni sebagai pacarnya.

Guerinoni adalah jejaka Itali yang mempunyai kerjaya berjaya di Indonesia.

Sebelum menceburi bidang kulinari, Guerinoni adalah pelumba motosikal kategori 600 cc.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.