Followers

Monday, July 6, 2015

Utamakan rakyat dan negara, nasihat Nazir Razak FMT Reporters

 
Nazir-Razak

Beliau menulis nasihat itu bersama gambar Tugu Negara di laman Instagram tanpa menyebut ia ditujukan kepada siapa.

PETALING JAYA: Adik Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak menasihatkan pihak tertentu supaya meletakkan negara dan rakyat sebagai keutamaan dalam setiap perkara atau tindakan dalam mengharungi tempoh politik yang sukar ini.

Pengerusi CIMB berkata, pihak yang berkenaan itu tidak sepatutnya mengutamakan kepentingan peribadi atau kesetiaan peribadi mahupun parti politik.

Beliau memuatnaik nasihat itu di laman sosial Instagram pada Ahad tanpa menyatakan secara spesifik ia ditujukan kepada siapa.

“Mereka mengorbankan nyawa supaya kita boleh membina sebuah negara. Dalam tempoh politik yang sukar ini kita harus ingat untuk meletakkan negara dan rakyat sebagai keutamaan. 

Bukan kepentingan peribadi, bukan kesetiaan peribadi, malah bukan parti politik,” tulisnya.

Adik bongsu Perdana Menteri itu turut memuatnaik nasihat itu bersama-sama sekeping gambar Tugu Negara iaitu sebuah arca untuk memperingati para pejuang yang terkorban menuntut kemerdekaan negara.

Sejak akhir-akhir ini Nazir sering menulis kata-kata tajam berkisarkan suasana politik negara malah beliau secara terbuka mengkritik 1MDB.
 
 
FMT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.